Monday 13 August 2012

Beza Haid dan Istihadah


Beza Darah Haid dan Darah Istihadah

Assalamualaikum..
Hari ni just nak share beza antara darah haid dan darah nifas..mungkin kadang2 girl2 kat luar sana ada yg dah tahu atau mungkin xtau dan mungkin jugak yg mix feeling..hihihihi..padahal aku pun tak berapa nak tahu..sila baca sehingga habis tau, rugi kalau tak baca..memang nampak panjang..ilmu kan..penting untuk kita tahu..ok..huhu
Biasanya seorang perempuan akan mula didatangi darah haid ketika berumur 9 ke 12 tahun..kitaran darah haid setiap perempuan berbeza ada yg datang awal bulan, tengah bulan dan ada juga akhir bulan..kalau ada yg datang serentak tu mungkin mereka memang dah berpakat nak cuti sama2..haha..mandai je aku..ok kalau darah Istihadah pula, darah yg keluar secara berterusan, ia keluar tanpa putus2 atau mungkin terputus sekejap seperti sehari dua dalam sebulan.

Ok ada tiga cara untuk membezakan antara darah haid dan darah istihadah..

Pertama: Wanita yg memiliki masa haid yg tetap tempoh dan putarannya. Maka baginya hukum haid dalam masa yg tetap tersebut dan hukum istihadah bagi waktu selainnya. Contohnya, seorang wanita lazimnya didatangi haid selama enam bulan hari bulan setiap awal bulan. kemudian dia mengalami pendarahan yg berterusan. Maka pendarahan enam hari yg pertama pada awal bulan dikira darah haid dan hari-hari berikutnya dikira sebagai Istihadah.

Kedua: Wanita yg tidak memiliki masa haid yg tetap. Oleh itu untuk membezakan darah haid dan darah istihadah dengan memerhatikan sifat-sifat darah tersebut. Darah yg berwarna hitam (merah kehitaman), pekat dan berbau ia adalah darah haid. Bagi darah istihadah ia berwarna merah, cair dan tidak berbau. 

Ketiga: Wanita yg tidak memiliki masa tempoh haid yg tetap dan tidak juga memiliki sifat-sifat darah yg dapat dibezakan antara haid dan istihadah. Maka baginya masa haid diukur berdasarkan kebiasaan wanita, waktu selebihnya dikira sebagai istihadah. Sebagai contoh, wanita yg menghadapi kes ketiga ini melihat darah keluar secara berterusan bermula pada hari Khamis yg pertama dlm bulan tersebut. 

Maka hendaklah dia melihat kebiasaan para wanita lain yg menghampirinya dan menjadikan tempoh haid mereka sebagai ukuran keatas dirinya. Oleh itu, enam atau tujuh hari yg pertama pendarahan, bermula daripada Khamis dianggap sebagai haid. Hari-hari seterusnya dianggap sebagai Istihadah.

Untuk maklumat lebih lanjut Klik sini sayang dan sini juga sayang...


Ketika didatangi haid seorang perempuan itu diharamkan melakukan: 

  • Solat
  • Tawaf
  • Menyentuh Al-Quran
  • Menanggung Al-Quran
  • Membaca ayat daripada Al-Quran
  • Berhenti di dalam masjid
  • Lalu lalang/ Mundar mandir di dalam masjid
  • Niat puasa sebelum cukup waktu darah berhenti 
  • Mubasyarah (hubungan seksual)
  • Di talak
  • Mandi wajib
  • Tayammum

Sumber rujukan klik sini sayang 

Memandangkan istihadah bukan darah haid dan dianggap darah penyakit, maka hukum istihadah tidak menyamai hukum haid. Wanita yg mengalami istihadah tidak perlu mandi wajib. Mandi hanya perlu setelah tamat tempoh haid. Mereka tetap diwajibkan solat seperti biasa. Namun mereka perlu berwuduk setiap kali solat yg hendak ditunaikan. Mereka juga perlu membersihkan darah ishadah setiap kali sebelum berwuduk.

Kalau nak tahu dengan lebih detail klik sini sayang..

p/s: actually nk letak byk pic, tp bila search benda merepek yg keluar,..so xjdi lah..haha

No comments:

Post a Comment