Sunday 13 July 2014

Kenapa Nak join Usrah?

Hari-hari saat aku bersama mu sahabat
Telah lama waktu yg kita lalui bersama
Ku sedari masa itu masa-masa terindah
Dalam suka ku, dalam duka ku
Engkau selalu ada

Sahabatku tercinta
Terima lah lagu ku
Hadir mu selalu memberi bahagia
Semoga abadi persahabatan kita..

Ingatkah saat ku terduduk di sini
Kau lah yang selalu di sisiku
Terima kasih telah menjadi sebahagian
Yg beerti utk persahabatan kita..
Semoga abadi persahatan kita…

~edoustic~


Usrah,
Apa itu usrah?

Usrah itu adalah family…
Family kedua setelah family pertama yang kita ada…

Usrah itu terkadang buat kita ketawa
Kadang membuat kita menangis
Adakala membuatkan kita rindu…

Usrah itu saling mengajak kearah kebaikan
Saling mengingat akan janji Ilahi
Saling mengungkap kalimah perjuangan
Saling mengisi hati merindui syurga…

Usrah tidak akan dirasai oleh insan yg tidak menghayati
Usrah tidak akan dirasai oleh insan yg tidak belajar memberi bahagia
Usrah tidak akan dihargai oleh insan yg tidak belajar menghargai
Usrah itu tidak ada apa2 bagi insan yg mengabaikannya..

Naqibah adalah manusia biasa
Ada masa dia memerlukan kamu untuk membetulkannya
Dan kamu juga adalah manusia perindu
Yang merindui tarbiah utk bahagia abadi
Memerlukan naqibah utk saling mengisi hati..

Zaman ini manusia tercari erti kehidupan
Merindui diri dibelai cinta Ilahi
Merindui syahid seindah Ahmad Ammar
Merindui diri dipanggil dengan panggilan husnul khatimah

Namun tidak mudah
Lengkaplah diri mu
Binalah islam dalam diri mu
Kau tak mampu bergerak seorang diri
Pautlah tangan sahabat-sahabat mu..
Berjalan lah bersama menuju redho Allah

Dengan menghayati usrah sbg tunjang tarbiah…






Saturday 12 July 2014

KITA INI PENAKUT



Assalamualaikum..sudahkah anda bersedia melakukan transformasi dan berjihad melawan nafsu sendiri??

kalau begitu...ayuh boikot...kita cuba, kita cuba, kita harus mencuba...!!

kasihan Palestin...kita harus mencuba walaupun bukan mudah...boikot mereka...Si angkuh yang bersuka-ria membedil bumi PAlestin.

Tidak malukah umat Islam jika orang bukan Islam yang lebih bersemangat menjalankan kempen boikot sedangkan kita masih teragak-agak untuk melakukannya..??

Ayuh cuba...














Dia Bidadari Syurga



"Banduan 650."

Itu nama lain bagi saudari seIslam kita, Dr. Aafia Siddiqui.

Pada bulan Ramadhan 2011, si ibu menerima panggilan telefon dari Aafia yang terpenjara di Amerika . Ibunya pun menangis bila terkenangkan nasib cucunya harus melalui penderitaan, cucu laki-lakinya masih hilang, dan anak perempuannya masih tidak jelas bila akan bebasnya, kecuali dengan redha Allah. 

Tahukah apa yang Aafia katakan kepada ibunya?:

"Wahai ibu janganlah menangis, saya gembira!” (Subhanallah, kenapa dia gembira?) “Wahai ibu, setiap malam dalam mimpiku Rasulullah SAW mengunjungiku. Lalu Rasulullah SAW mengajakku untuk menemui isterinya Aisyah ra, dan mengenalkannya kepada isterinya dan beliau berkata pada Aisyah.. inilah puteriku Aafia..” Subhanallah. ( rujuk: http://tausyah.wordpress.com/2012/10/17/dr-aafia-siddiqui-seorang-ilmuwan-muslimah-pakistan-yang-di-perkosa-disiksa-dan-dilecehkan-di-dalam-penjara-beserta-pidato-lauren-booth-bahwa-aafia-kerap-bermimpi-bertemu-dengan-rasulullah-dan-aisya/ )

Siapakah Aafia?

Dr. Aafia Siddiqui dilahirkan di Pakistan dan menjadi rakyat Amerika merupakan satu-satunya saintis neurologi di dunia yang mempunyai PHD dari Universiti Harvard. Juga mempunyai 144 sijil dan ijazah kehormat dari institusi serata dunia termasuk dari MIT. Beliau juga seorang hafazan al-Quran dan seorang mujahidah. Tiada seorang wanita barat yang setara dan setanding dengan pendidikan beliau.

Beliau diculik bersama 3 orang anak kecilnya selama 5 tahun tanpa khabar berita sehinggalah 4 orang tahanan Bagram yang berjaya melarikan diri mendedahkannya tentang banduan 650 yang tidak ketahui namanya. Mereka hanya mengetahui dia adalah seorang wanita Pakistan dan seorang ibu yang dipisahkan dari anak-anaknya dan setiap hari mereka akan mendengar wanita tersebut menjerit akibat diseksa. Seterusnya Yvonne Ridley seorang wartawan Britain mendedahkannya secara besar-besaran di sidang wartawan tentang siapa sebenar banduan 650. Sejak dari itu seluruh dunia ingin tahu apa yang telah terjadi kepada Dr. Aafia dalam tempoh 5 tahun tersebut dari 2003-2008 dan apa kesalahan beliau dan kenapa tidak dibicarakan. Penipuan Amerika tentang tiadanya banduan wanita di penjara Bagram akhirnya terbongkar bersama skrip-skrip bodoh untuk meyelamatkan maruah FBI Amerika. ( Rujuk ucapan Yvonne tentang Aafia:http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded )

Semasa di dalam tahanan di Bagram beliau diseksa dan dirogol setiap hari dan dinafikan haknya sebagai seorang wanita. Dipaksa menggunakan tandas lelaki dan bilik mandi yang terdedah dan boleh dilihat oleh pengawal-pengawal penjara. Situasi beliau sepanjang penahanan tersebut amat meyedihkan sehingga beliau hilang ingatan. Nasib anak-anaknya selama 5 tahun tersebut juga tidak diketahui oleh sesiapa sehingga sekarang.

Sehingga kini tiada dakwaan tentang kegiatan beliau bersama Al-Qaeda oleh pihak Amerika hanya melainkan dakwaan cubaan membunuh seorang askar Amerika dan FBI semasa di dalam tahanan di Afghanistan. Amat pelik apabila perbicaraan ini dilakukan di Amerika sedangkan kesalahan tersebut dilakukan di Afghnistan. Juga tiada bukti yang beliau melakukan cubaan bunuh melainkan beliau ditembak di perutnya sesama di dalam tahanan oleh askar Amerika kononnya untuk keselamatan diri. ( rujukan: http://luv-ima.blogspot.com/2010/07/banduan-650-dr-aafia-siddiqui.html )

Aafia kekal di pusat tahanan Amerika di Fort Worth, Texas, dengan keadaan tahap kesihatan yang amat teruk, beliau juga sering dihadapkan dengan penghinaan yang memalukan, dibogelkan dan di siasat seluruh rongga dengan cara yang amat menghinakan setiap kali beliau menerima pelawat secara sah ataupun selepas muncul di mahkamah. Beliau kemudiannya menolak untuk berjumpa dengan para peguambela beliau. Satu laporan juga menyatakan bahawa beliau berkemungkinan menghidap kerosakan sel-sel otak dan sebahagian dari usus kecil beliau telah dipotong dan dibuang. Peguamnya berkata bahawa Aafia menunjukkan gejala-gejala yang konsisten dengan penghidap Tekanan Perasaan Disebabkan Trauma (Post Traumatic Stress Disorder).

Skrg tahun 2013, tiada kata pembebasan untuk saudari seIslam kita ini. Beliau dijangka dibebaskan pada 08-06-2083. (ruj: http://www.bop.gov/iloc2/InmateFinderServlet?Transaction=NameSearch&needingMoreList=false&FirstName=Aafia&Middle&LastName=Siddiqui&Race=U&Sex=U&Age&x=82&y=3)

Tiada apa yang mampu kita lakukan. Hanya doakan yang terbaik buat beliau. Moga Allah menolong bukan sahaja beliau, malahan tahanan2 Muslim dan Muslimat di penjara2 Yahudi di luar sana. Andai beliau mati di dalam penjara dalam keadaan dianayai sedemikian rupa, mati beliau adalah mati syahid.

"Ya Allah! Tolonglah mereka yang dizalimi. Tolonglah kami umat Islam! Aamiiin."

Justice for Aafia.



Friday 11 July 2014

Andai Kau Tahu

Gaza Berdarah Lagi
Sahabatku yang mengaku Islam…
Apakah kau buta?
Apakah kau tuli?
Dimana keimanan kamu saat GAZA dihenyak dengan zionis laknatullah..!!!

Tidak kah kau meilhat DARAH PEJUANG Gaza???
Tidakkah kau terasa walaupun sedikit dengan kekejaman musuh Allah??

Jika benar kau merasai rakyat Palestin itu adalah sebahagian daripada kita…kau tidak akan berdiam diri dan bersuka-ria di sini..!

Kau bukan orang buta yg tidak dapat merasai derita dan sengketa sahabat kita di sana..kau cuma alpa dengan kenikmatan sementara yang ada dalam genggaman mu.

Couple? Ya…itu sahaja kau yang kau tahu update di wall fb mu sepanjang masa….gambar maksiat kau yang terbuka kau dedah tanpa malu.

Di mana kesedaran mu tentang azab ALLAH??

Sedang Palestin merintih merindui SYURGA..kau pula tanpa segan silu menayangkan maksiat yang kau buat..berpelukan, berciuman, berdating..rindu NERAKA agaknya..

SAHABATKU…sedarlah…kau tak kan mampu lari ke mana saat Allah menggoncangkan bumiNYA dan membongkar isi bumi…itulah saat Kiamat yang menutup segala kenikmatan dunia.

Di Palestin, Syiria, Rohingnya…mungkin kau lihat mereka derita..namun, di sebalik derita mereka..ada SYURGA..kita? mati kerana kecewa bercinta…sangat memalukan.

Sahabatku..tiba masa kita perlu u-turn semula diri kita. Kembali kepada Allah. Kembali membantu Islam di akhir zaman.

Sahabatku…contohi lah Palestina…
Mereka berjuang merindu syahid
Mereka bercita-cita ke Syurga dan merelakan kematian di dunia
Mereka tidak memburu harta
Mereka tidak mecintai dunia
Mereka lah teladan di akhir zaman…












Wednesday 9 July 2014

Detik Berusrah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…

Sudah hampir setahun tidak menjenguk blog sendiri. Terasa hilang satu peluang untuk menyebarkan kebaikan kepada diri dan ummah. Allahu akbar.

Apa khabar sahabat2 semua?
Bagaimana keadaan iman pada hari ini? Adakah lebih baik atau makin tak baik? Jom sama2 kita check diri.

Perkongsian saya pada kali ini adalah berkaitan dengan “Usrah”
Jeng..jeng..jeng…saya persembahkan usrah kami…Sayyidatunnisa’..!!



Alhamdulillah atas nikmat ukhwah yang Allah beri untuk menjalani kehidupan ini bersama sahabat2 yang sama2 mencari mardhotillah

Sedikit pengalaman saya dalam meng’handle’ usrah yang ingin dikongsi bersama anda..dan mungkin juga ada naqibah2 di luar sana yang terbaca entri ini..dan juga anda sebagai anak usrah…

Pengalaman Pertama
Saya mula “memegang” usrah sewaktu Semester 1 selepas foundation…pada awalnya saya juga merupakan salah seorang ank usrah kepada naqibah2 saya.

Waktu menjadi anak usrah memanglah agak cool dan relax..tak terasa beban mentarbiahkan orang lain dan membawa insan mengenal Ilahi…

Just enjoy the usrah walaupun kadang2 agak malas untuk menghadiri usrah…biasalah tu kan..

Tetapi berbeza sewaktu menerima taklifan sebagai naqibah..sangat berbeza..!

Menjadi naqibah perlu banyak sabar,…ada masa memang agak susah mengawal usrah. Sorang naqibah vs 10 orang anak usrah…satu hati nak jaga 10 hati yang berbeza-beza sikap…fuh..bukan kerja mudah..walaupun rambut sama hitam…namun, ini bukan alasan. peningkatan perlu dilakukan.

Tapi..saya banyak belajar dari mereka..anak usrah terchenta..
Bagi saya, menjadi naqibah bukan bermakna anda lah yang terbaik dan paling best…tetapi…menjadi naqibah ialah:

  “Mari saya tunjukkan kamu jalan yang lebih baik dan bimbinglah juga saya ke jalan kebaikan..”

Antara ciri-ciri Abna ul harakah ialah..:
1.    Solat berjemaah
2.  Bangun qiamulail
3.  Membaca dan mentaddabur Al-Quran
4.  Puasa sunat

Dan ini lah focus pembinaan yang ingin saya capai dalam usrah kami. Bukan mahu menjadi yang terbaik dalam kalangan manusia tapi mahu menjadi THE BEST  pada pandangan Rabbul Alamin. insyaAllah.

Pesanan kepada anak usrah yang merupakan sahabat yang saya cinta di jalan dakwah ini, saya rindu sepanjang masa, saya teringat setiap saat…kamu…yang saya sayang kerana Allah..

“ Hidup adalah pilihan..kadang2 kita tak nampak kebaikan dalam perkara kebaikan yang cuba kita buat..tapi percayalah..kebaikan membawa ketenangan…memperbaiki diri pasti akan ada pertolongan Allah..membantu agama Allah membawa kebahagian walaupun ada kesukarannya…
Usrah itu satu sunnah dan pasti ada keberkatan…wahai temanku,mudah mendapat kawan tapi belum tentu mudah mendapat seorang sahabat fillah…bila sudah kamu jumpai seorang sahabat, genggam lah dia erat2 agar tidak terputus jalinan ukhwah hingga syurga.
Semoga satu saat nanti kamu akan merasai kemanisan berusrah kerana Allah..insyaAllah..”..(^_^)





Monday 7 October 2013

Tak Kan Ku Berundur Biarpun Rebah Berkali-kali

Mencintai kehidupan dan menghargai kehidupan.. hakikat kehidupan adalah menuju kematian.

Kita sering tercari-cari erti kehidupan, apabila ujian menimpa baru terasa mahu mencari Ilahi sedangkan saat senang jauh sekali kita dengan tikar sejadah.

Hidup untuk memberi...itu yang aku selalu pegang.

Alhamdulillah..aku rasai sedikit teguran dari Ilahi bahwa memberi jangan harapkan balasan, kelak sakit jiwa dibuatnya...:-)

Dan aku mempelajari sesuatu...jangan ingat apa yang sudah kita beri tapi ingatlah apa yang masih belum kita laburkan kepada orang lain untuk duniawi ini sebagai bekalan menemui Allah SWT.

Dan aku ingin menasihati kalian, carilah sahabat yang baik.
Yang akan sentiasa menegur dan menguatkan kita.
Yang akan sentiasa menjaga hati dan menutup aib kita.
Yang tidak akan merungut atau memperlekehkan kita.
Yang tidak sesekali menjadi talam dua muka.

Kerana sahabat  adalah keyword menemui Ilahi...
Baik sahabat, baik lah kita.
Jangan pula kita membalas kejahatan dengan kejahatan walaupun sakit hati dengan manusia..kan bagus memaafkan..:-)

Ingatlah, manusia bukan Tuhan.

Walaupun kita di'judge' dengan berbagai-bagai gelaran,
Walaupun kita dicanang dengan pelbagai kata2 negatif,
Walaupun mereka menghukum kita begini, begini...

ALLAH sentiasa menerima kita...:-)


Semoga kuat untuk melakukan islah diri..:-)



SAHABAT-SAHABAT YANG BAIK,
SETELAH MEMBACA ENTRI INI..TOLONGKAN AMIN KAN DOA INI YE...:-)


"YA ALLAH...SEMOGA KAMI DICINTAIMU.."

Tuesday 25 June 2013

Nak Tahu tak???

Salam sahabat-sahabat..setelah beberapa bulan jendela blog ini tidak dibuka..alhamdulillah, akhirnya berkesempatan juga melawat laman sesawang yang memang dan bersawang nie…(^_^)

            Terima kasih kerana masih sudi menjenguk walaupun tuan rumah tak sempat melayan saudara saudari…semoga awak semua diberkati..(^_^)

Baik lah…sebelum ini, ada seorang adinda bertanya soalan berkaitan haid ataupun bahasa mudah "period"…begini soalan saudari Aasyiqin : kalau saye period 3 hari mcm mne??n awal2 tu darah tu merah medium(bukan pekat bukan cair..dh lme tu .darah tu kering dn jadi pekat..tu haid ke istihadah??


Saudari, saya ini pun masih dalam anak tangga untuk menuntut ilmu, masih jahil walaupun bakal menjadi pendidik..insyaAllah..saya cuba menjawab dengan sedikit ilmu yang Allah berikan berdasarkan beberapa rujukan yang akan saya sertakan..boleh???..(^_^)

Kita sebagai kaum hawa nie sangat lah special..
Allah memberikan sangat banyak kelebihan kepada kita..subhanallah…(^_^)

Berbalik kepada soalan tadie..saya bagi briefing dulu k…kita wanita ada berapa jenis darah yang kena take note??? Sepuluh??? Banyak nye..tak lah, tiga je secara umumnya..

·         Darah haid
·         Darah nifas
·         Darah istihadah

Dalil tentang haid saudari boleh rujuk di dalam surah Al-Baqarah ayat 222.
Macam mana nak kenal itu darah haid atau tidak?..hurm..confiuskan..so, jom terus baca entry nie sampai kita faham….(^_^)

Darah haid nie adalah sejenis darah yang berwarna MERAH KEHITAMAN dan KEKUNINGAN…ada juga yang mengatakan warna COKLAT..

Darah haid pun ada syarat tahu??jom tengok apa ulama-ulama hebat nie respon kepada masalah kaum hawa berkaitan haid…..

Disyaratkan warna darah haid ini tidak terkeluar daripada warna-warna biasa seperti merah, kuning dan keruh. Kalau putih?? Bukan lah tue..(^_^)

Fuqaha' Mazhab Hanafi  pula ada buat penambahan sikit tentang warna darah iaitu hitam,hijau daun dan warna tanah…

Fuqaha' Mazhab Syafii pula "oyat" warna hitam dan perang sahaja…

Opsss..JANGAN stop baca lagi…kita masih belum tahu tempoh masa darah haid kan..ish ish…nie mesti guna teknik scanning dari tadie kan…(^_^)…

Masa haid nie sekurang-kurangnya sehari semalam…

Paling maximum lima belas hari…

Tapi kebiasaannya seminggu je…enam dan tujuh hari sahaja.

Fuqaha' Mazhab Hanafi ada kasi tahu yang tempoh masa haid nie ada yang 3 hari 3 malam, paling panjang 10 hari 10 malam…

Ha…alhamdulillah..dah habis pun..tapi bukan bermakna TAMAT…nie ringkas je…kalau 
rajin, cari-carilah lagi then kita kongsi sama-sama deh..(^_^)

Wassalam.