Wednesday 9 July 2014

Detik Berusrah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…

Sudah hampir setahun tidak menjenguk blog sendiri. Terasa hilang satu peluang untuk menyebarkan kebaikan kepada diri dan ummah. Allahu akbar.

Apa khabar sahabat2 semua?
Bagaimana keadaan iman pada hari ini? Adakah lebih baik atau makin tak baik? Jom sama2 kita check diri.

Perkongsian saya pada kali ini adalah berkaitan dengan “Usrah”
Jeng..jeng..jeng…saya persembahkan usrah kami…Sayyidatunnisa’..!!



Alhamdulillah atas nikmat ukhwah yang Allah beri untuk menjalani kehidupan ini bersama sahabat2 yang sama2 mencari mardhotillah

Sedikit pengalaman saya dalam meng’handle’ usrah yang ingin dikongsi bersama anda..dan mungkin juga ada naqibah2 di luar sana yang terbaca entri ini..dan juga anda sebagai anak usrah…

Pengalaman Pertama
Saya mula “memegang” usrah sewaktu Semester 1 selepas foundation…pada awalnya saya juga merupakan salah seorang ank usrah kepada naqibah2 saya.

Waktu menjadi anak usrah memanglah agak cool dan relax..tak terasa beban mentarbiahkan orang lain dan membawa insan mengenal Ilahi…

Just enjoy the usrah walaupun kadang2 agak malas untuk menghadiri usrah…biasalah tu kan..

Tetapi berbeza sewaktu menerima taklifan sebagai naqibah..sangat berbeza..!

Menjadi naqibah perlu banyak sabar,…ada masa memang agak susah mengawal usrah. Sorang naqibah vs 10 orang anak usrah…satu hati nak jaga 10 hati yang berbeza-beza sikap…fuh..bukan kerja mudah..walaupun rambut sama hitam…namun, ini bukan alasan. peningkatan perlu dilakukan.

Tapi..saya banyak belajar dari mereka..anak usrah terchenta..
Bagi saya, menjadi naqibah bukan bermakna anda lah yang terbaik dan paling best…tetapi…menjadi naqibah ialah:

  “Mari saya tunjukkan kamu jalan yang lebih baik dan bimbinglah juga saya ke jalan kebaikan..”

Antara ciri-ciri Abna ul harakah ialah..:
1.    Solat berjemaah
2.  Bangun qiamulail
3.  Membaca dan mentaddabur Al-Quran
4.  Puasa sunat

Dan ini lah focus pembinaan yang ingin saya capai dalam usrah kami. Bukan mahu menjadi yang terbaik dalam kalangan manusia tapi mahu menjadi THE BEST  pada pandangan Rabbul Alamin. insyaAllah.

Pesanan kepada anak usrah yang merupakan sahabat yang saya cinta di jalan dakwah ini, saya rindu sepanjang masa, saya teringat setiap saat…kamu…yang saya sayang kerana Allah..

“ Hidup adalah pilihan..kadang2 kita tak nampak kebaikan dalam perkara kebaikan yang cuba kita buat..tapi percayalah..kebaikan membawa ketenangan…memperbaiki diri pasti akan ada pertolongan Allah..membantu agama Allah membawa kebahagian walaupun ada kesukarannya…
Usrah itu satu sunnah dan pasti ada keberkatan…wahai temanku,mudah mendapat kawan tapi belum tentu mudah mendapat seorang sahabat fillah…bila sudah kamu jumpai seorang sahabat, genggam lah dia erat2 agar tidak terputus jalinan ukhwah hingga syurga.
Semoga satu saat nanti kamu akan merasai kemanisan berusrah kerana Allah..insyaAllah..”..(^_^)





No comments:

Post a Comment