Mencintai
kehidupan dan menghargai kehidupan.. hakikat kehidupan adalah menuju kematian.
Kita
sering tercari-cari erti kehidupan, apabila ujian menimpa baru terasa mahu
mencari Ilahi sedangkan saat senang jauh sekali kita dengan tikar sejadah.
Hidup
untuk memberi...itu yang aku selalu pegang.
Alhamdulillah..aku
rasai sedikit teguran dari Ilahi bahwa memberi jangan harapkan balasan, kelak
sakit jiwa dibuatnya...:-)
Dan aku
mempelajari sesuatu...jangan ingat apa yang sudah kita beri tapi ingatlah apa
yang masih belum kita laburkan kepada orang lain untuk duniawi ini sebagai
bekalan menemui Allah SWT.
Dan aku
ingin menasihati kalian, carilah sahabat yang baik.
Yang akan
sentiasa menegur dan menguatkan kita.
Yang akan
sentiasa menjaga hati dan menutup aib kita.
Yang tidak
akan merungut atau memperlekehkan kita.
Yang tidak
sesekali menjadi talam dua muka.
Kerana
sahabat adalah keyword menemui Ilahi...
Baik
sahabat, baik lah kita.
Jangan pula
kita membalas kejahatan dengan kejahatan walaupun sakit hati dengan
manusia..kan bagus memaafkan..:-)
Ingatlah,
manusia bukan Tuhan.
Walaupun kita
di'judge' dengan berbagai-bagai gelaran,
Walaupun kita
dicanang dengan pelbagai kata2 negatif,
Walaupun mereka
menghukum kita begini, begini...
ALLAH
sentiasa menerima kita...:-)
Semoga
kuat untuk melakukan islah diri..:-)
SAHABAT-SAHABAT YANG BAIK,
SETELAH MEMBACA ENTRI INI..TOLONGKAN AMIN KAN DOA INI YE...:-)
"YA ALLAH...SEMOGA KAMI DICINTAIMU.."
Amen:-)
ReplyDelete