Tuesday 25 June 2013

Nak Tahu tak???

Salam sahabat-sahabat..setelah beberapa bulan jendela blog ini tidak dibuka..alhamdulillah, akhirnya berkesempatan juga melawat laman sesawang yang memang dan bersawang nie…(^_^)

            Terima kasih kerana masih sudi menjenguk walaupun tuan rumah tak sempat melayan saudara saudari…semoga awak semua diberkati..(^_^)

Baik lah…sebelum ini, ada seorang adinda bertanya soalan berkaitan haid ataupun bahasa mudah "period"…begini soalan saudari Aasyiqin : kalau saye period 3 hari mcm mne??n awal2 tu darah tu merah medium(bukan pekat bukan cair..dh lme tu .darah tu kering dn jadi pekat..tu haid ke istihadah??


Saudari, saya ini pun masih dalam anak tangga untuk menuntut ilmu, masih jahil walaupun bakal menjadi pendidik..insyaAllah..saya cuba menjawab dengan sedikit ilmu yang Allah berikan berdasarkan beberapa rujukan yang akan saya sertakan..boleh???..(^_^)

Kita sebagai kaum hawa nie sangat lah special..
Allah memberikan sangat banyak kelebihan kepada kita..subhanallah…(^_^)

Berbalik kepada soalan tadie..saya bagi briefing dulu k…kita wanita ada berapa jenis darah yang kena take note??? Sepuluh??? Banyak nye..tak lah, tiga je secara umumnya..

·         Darah haid
·         Darah nifas
·         Darah istihadah

Dalil tentang haid saudari boleh rujuk di dalam surah Al-Baqarah ayat 222.
Macam mana nak kenal itu darah haid atau tidak?..hurm..confiuskan..so, jom terus baca entry nie sampai kita faham….(^_^)

Darah haid nie adalah sejenis darah yang berwarna MERAH KEHITAMAN dan KEKUNINGAN…ada juga yang mengatakan warna COKLAT..

Darah haid pun ada syarat tahu??jom tengok apa ulama-ulama hebat nie respon kepada masalah kaum hawa berkaitan haid…..

Disyaratkan warna darah haid ini tidak terkeluar daripada warna-warna biasa seperti merah, kuning dan keruh. Kalau putih?? Bukan lah tue..(^_^)

Fuqaha' Mazhab Hanafi  pula ada buat penambahan sikit tentang warna darah iaitu hitam,hijau daun dan warna tanah…

Fuqaha' Mazhab Syafii pula "oyat" warna hitam dan perang sahaja…

Opsss..JANGAN stop baca lagi…kita masih belum tahu tempoh masa darah haid kan..ish ish…nie mesti guna teknik scanning dari tadie kan…(^_^)…

Masa haid nie sekurang-kurangnya sehari semalam…

Paling maximum lima belas hari…

Tapi kebiasaannya seminggu je…enam dan tujuh hari sahaja.

Fuqaha' Mazhab Hanafi ada kasi tahu yang tempoh masa haid nie ada yang 3 hari 3 malam, paling panjang 10 hari 10 malam…

Ha…alhamdulillah..dah habis pun..tapi bukan bermakna TAMAT…nie ringkas je…kalau 
rajin, cari-carilah lagi then kita kongsi sama-sama deh..(^_^)

Wassalam.





No comments:

Post a Comment