Wednesday 15 August 2012

Jalan Pulang


Duhai hati,

Janganlah mengeluh dalam perjuangan ini,

Memang kadangkala penat menyapa dalam memastikan iman utuh,

Memang kadang-kadang masalah menyapa sehingga kita menangis pilu,

Tapi Allah tidak pernah menyisihkan mu…



Duhai hati,

Pedulikan apa mereka kata,

Mereka bukan sesiapa untuk menghukum mu,

Biarpun dirimu bukan lah sempurna,

Dosa semalam masih segar diingatan,

Namun kau telah berusaha untuk keluar,

Mencari cahaya dalam dirimu….






Duhai hati,

Berhenti memberi alasan bahawa Allah tidak akan menerima mu,

Tidak kah kau mengenali Allah? DIA Maha Penyayang,

Tidak kah kau tahu Allah membuka pintu taubat seluasnya,

Tidak kah kau sedari diri mu itu disaluti dosa?

Mengapa sombong untuk pulang ke sisiNya?...



Duhai diri,

Cukuplah sudah kau bermimpi dan berfantasi,

Dunia tidak lama, usia semakin senja,

Kembali lah..Allah mengintaimu saban ketika…

DIA sentiasa menanti doa taubatmu…kerana DIA ingin mengampunkan mu..

Hamba yang penuh dosa….




Duhai diri,

Apa yang dikejar di dunia ini akan binasa,

Jalan pulang masih terbentang luas…

Kembalilah ke sisi Tuhanmu dengan jiwa yang tenang…



No comments:

Post a Comment