Monday 23 July 2012

RIndu Ramadhan




Salam Perantau…


“Ilmu itu ibarat lautan yang tidak mungkin dapat diselami 

sehingga ke dasarnya. Mereka yang mempelajarinya hanyalah 

berlegar di sekitar persisiran pantai dan tepiannya, itupun yang 

setakat termampu oleh mereka.”




    Kita sering mahukan hari yang cerah, tapi Allah Maha Mengetahui, hakikatnya hujan perlu diturunkan. Kita sering inginkan keseronokan, jauh sekali kesusahan, tapi Allah Maha Mengetahui, kesusahan itulah yang mengajar erti kehidupan. Kita sering inginkan ketenangan, hakikatnya diri ini penuh dosa dan kejahatan, tapi manusia tak dapat lari dari kesilapan. Semua itu bukan hukuman, tapi sebagai kasih sayang Allah agar kita lebih tabah.....


Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan."- Imam Hasan al-Basri

MEMBACA DAN MENGHAYATI KATA2 TARBIAH DI ATS MENJADIKAN DIRI INI TIDAK MERASA LELAH BERADA DI SINI. BIARPUN ADA RINDU DI HATI BUAT KELUARGA TERCINTA, NAMUN  DEMI ILMU DAN PERJUANGAN SEBAGAI HAMBA...
ANA REDHO ATAS PERPISAHAN SEKETIKA INI....

BULAN RAMADHAN...BIAR FAMILY JAUH DI MATA,
 NAMUN DEKAT DALAM DOA....

JANGAN RINDU2....RAYA NANTI BALIK LAH...INSYAALLAH...:-)




Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

Allahumma sallimni ila ramadhan wa sallim li ramadhan wa tasallumahu minni taqabbalan” 

Ya Allah selamatkanlah kami hingga bulan Ramadhan ke depan, dan pertemukan untuk bulan Ramadhan dan terimalah seluruh amal kami pada bulan Ramadhan. 

Sayidina Ali menyatakan “Kalau engkau ingin menjadi raja, maka pakailah 

sifat qona’ah (puas). Kalau engkau ingin syurga dunia sebelum syurga 

akhirat, pakailah budi pekerti yang mulia”.


No comments:

Post a Comment