Tuesday 24 July 2012

Kalau dah itu Takdirnya..



Salam Ramadhan….

Alhamdulillah..sepanjang Ramadhan yang telah berlalu, iftar jemaei diutamakan…
Sedikit pengalaman yg ana nk kngsi pd kali ini…



RASA FRUST…

Ia..perasaan ini memang akn hadir bila kta tidak mampu melaksanakan sesuatu dgn baik.

Ana…sbg hamba Allah…terutamanya…

Terasa kurangnya diri di depan ILAHI..

Amanah yang terpikul tak semudah namanya…

Biarpun nampak kecil pd pandangan manusia namun jika ia tidak dilakukan dengan baik maka akan rosak binasa di barzakh dan mahsyar kelak kerana ia akan dipertanggungjawabkan nanti…

Sebagai hamba, amanah untuk menjadi khalifah terasa masih belum tertunai dgn baik,

Sebagai seorang Umat..amanah dalam memperjuangkan Sunah Baginda SAW tercinta terasa masih di tahap sederhana…

Sebagai seorang anak..amanah dalam mentaati keduanya terasa masih longgar,

Sebagai seorang daei..amanah dlm menunaikan amar makruf nahi mungkar terasa masih belum cukup sempurna sedangkan diri sendiri terkadang melakukan apa yg lidah pernah menegahnya…

Ah…
Mengeluh lagi….

Ya Allah..tetapkanlah hatiku di dalam agamaMU…amin…


Poster ke 2....Jaulah Ramadhan

Poster 1..Aktiviti Jaulah

( Tak mudah....dari kepayahan ini, ana belajar sesuatu...
ALLAH AKAN TOLONG SESIAPA YG MENOLONG AGAMA NYA..)


Ustaz Abdullah Din
Ustaz Muda yang berjiwa besar...
Ana sangat mengagumi ustaz Lah,
Beliau adalah pendidik ana di zaman remaja dahulu...

Mengajar untuk faham bahawa dakwah untuk semua..
bukan tersekat hanya pada sekolah2 agama sahaja..
tapi ia adalah kewajipan kepada semua mukmin...




Bila engkau letih dan hilang rasa semangat,
Allah tahu betapa kamu telah mencuba sedaya upaya,
Bila tangisan mu berpanjangan dan hati mu kedukaan,
Allah telah mengira titis air mata mu,
Bila engkau rasa ketinggalan dan masa meninggalkan mu,
Allah sentiasa di sisimu
Bila engkau telah mencuba tapi tak tahu arah tujuan
Allah ada jalan penyelesaian.




Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna untuk menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukti unggulnya perasaan.





No comments:

Post a Comment