Wednesday 15 August 2012

Selamat Kembali Mujahid ..


 Saudaraku,

Tahniah kerana telah memilih jalan tarbiah ini,

Kau rela lepaskan dunia remaja mu demi perjuangan singkat ini,

Kau rela menghunus pedang daei sedang yang lain leka dalam dunia sendiri

Kau adalah antara pahlawan sejati abad ini….





Saudaraku,

Bukan lah aku ingin menjadikan diri mu leka dengan tinta ini

Tapi daku hulurkan ia sebagai warkah tarbiah buatmu

Semoga kau tahu para mujahidin bergembira dengan kehadiranmu

Supaya kau tahu saf perjuangan telah kau isi

Untuk menyelamatkan dirimu dan umat akhir ini…




Saudaraku,

Biarpun siapa diri mu pada masa lalu

Jangan jadikan ia sebagai alasan untuk mengundur diri

Siapa kita untuk sombong pada ilahi?...

Biarlah apa kata mereka, kau telah mencuba yang terbaik…

Untuk keluar dari kegelapan masa silam mu…






Saudaraku,

Bebaskan ikatan sekularisme dalam diri mu

Bebas kan ikatan fantasi dalam minda mu

Sibuk mengejar dunia..

Ayuh sibukkan diri dengan kebaikan

Kau tidak akan menyesal saudaraku…






ALLAH,

 DIA adalah Khaliq yang SANGAT baik

Berapa tinggi pun dosa mu

DIA akan ampunkan…

Tanpa syarat yang tinggi, hanya bersujud penuh kehambaan…





ALLAH

DIA Pencipta yang sangat Rahim,

Biar kau mencaciNYA…

Namun, DIA tetap memberimu kegembiraan siang malam…

Tidak malukah kita?




Di suruh mengerjakan solat..MALAS

Di suruh membaca Al-Quran…SEGAN

Di suruh menyambung silaturahim…SOMBONG

Di suruh berbuat baik dan menyebar kebaikan…Kau BERALASAN…





Saudaraku….

Impikan syurga akhirat adalah lebih baik

Kau bakal mendampingi bidadari jelita Ainul Mardiah

Kau bakal dilayan mesra wildan nan gagah dan muda…

Nikmat apakah lagi yang kau dustai..(surah Ar-Rahman)..?


No comments:

Post a Comment