Saturday 4 February 2012

Malam Embun Cinta















Bismillahirahmanirahim..


Malam embun cinta?..ish,entah betul ke tidak tajuk yg ana pilih nie...


"Allah,peliharalh hatiku dan hati2 mereka yg bersamaku,jadikn jalan yg kmi lalui jalan yg KAU redhai"


sebenarnya,banyak sangat yg ana nk cite kt sahabt semua malam ni..
sesuatu yg menjadikan hati ana berbunga2..owh,terasa indah sekali hidup dalam tarbiah..(^_^)


Pertama,
seusai sahaja azan subuh pagi tadi,alunan selawat memecah langit dunia...Sekelilingku mengalunkan kerinduan buatmu duhai Utusan Agung. Sebak hatiku tiada tertahan,rindu padamu duhai Kekasih Allah...tersenyum ana melihat fajar yg mula menyingsing indah. 


Kucapai kasut sukan hadiah darimu duhai Mujahid Ammar,adikku tersayang...dengan lafaz pujian buat Allah yg masih memberi nafas untukku menuju halawatul iman,alhamdulillah. Kaki kulangkah penuh semangat menuju ruang riadah,mencari sedikit stamina untuk meneruskan langkah seorang daei pada hari ini.


Kedua,


"Hasanah,Ros ..jom berkelah.."
"Jom.!!..baik punya cadangan"


Tali ukhwah bersimpul kukuh. Seusai riadah ana dan sahabat menghirup secangkir udara pagi di hadapan dataran Blok Siti Khadijah. Nampak pelik sebab tak penah dibuat orang berkelah tengah2 dataran, tapi kami tetap merasai keseronokan disebalik kepelikkan..(^_^)


Breakfast dengan 'Oligo Koko ,fuhh...nikmat sungguh...alhamdulillah.




Yang paling best, Malam Selawat Muslimat,..


"Sollahahu ala muhammad, sollalahu alaihi wassalam.."


Halaqoh kami biarpun dalam bilangan yg sedikit  namun alunan selawat berkumandang penuh semangat, kerana hati2 ini merindui kekasih Agung.


InsyaAllah...


Di sini,perkongsian demi perkongsian mambangkitkan semangat dakwah dlm diri hina ini.


Selama ini ana fikir ana ni tak layak menjadi seorang pendakwah tapi setelah kata2 semangat bak peluru berpandu disasarkan di hati ini terus menerus.,darah terasa mengalir deras,setiap rongga badan rasa terbuka untuk berkorban demi meneruskan perjuanganmu Rasullulah SAW...insyaAllah.


Ana rasa cukuplah setakat ini ana mengeluh dengan kelemahan diri, sekarang masa untuk bangun. Kerana Islam perlukan pejuang...


Kalau ana asyik menolak org lain untuk ke depan meneruskan kerja2 dakwah, bila pula ana sendiri nak melangkah bersama2 insan2 itu..??..persoalan yg ada jawapannya...MULAKAN langkah pertama,maka langkah seterusnya akan menyusul...




" Dan sesiapa yang mengerjakan amal soleh baik lelaki mahupun wanita sedang ia beriman maka mereka itu akan masuk syurga dan mereka pula tidak akan dianiaya (atau dikurangkan balasannya) sedikitpun.."
Surah An-Nisa' ayat 124..


Wallahualm....











No comments:

Post a Comment