Sunday 5 February 2012

***...Malam Meeting..***




" Kak Asma'..jap eh..5 minit, ana nak ambil buku nota."
Umpama lipas kudung, aku berlari ke sana ke sini mencari buku nota. Mesyuarat Lajnah sepatutnya dah bermula tapi al-maklumlah perempuan,lambat cikit.


" Yea..akak tunggu, cepat eh sebab muslimin dah nak start solat nie..."


"ok2...dah siap.. Tak sempat ana nak berbedak.Tak pe, hal kecil je.."
Aku menyarung jilbab kuning susu. Jilbab ini sangat bermakna buatku kerana ia adalah hadiah dari teman seperjuangan di alam sekolah dahulu.Kenangan lalu sempat bermain di minda seketika.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
SMK Dato' Syed Ahmad..Hostel life....(^_^)






" Erm..kawan2, sebenarnya kan.. ana nak kita semua buat satu benda.."
Aku cuba melentur kata walau dada berombak kencang, bukan senang melakukan sesuatu perubahan.


" Apa kata kita wajibkan satu malam yang mana semua penghuni puteri memakai tudung labuh..Lama2 hal ini akan jadi kebiasaan. Ana tengok ramai juga adik-adik yg ada keinginan tapi malu..kawan2 pun ada kan?.." Aku cuba mengukir senyum.


" Hem..baik cadangan tu tapi bukannya ukhti tak tahu, kita nie bukan sekolah agama pun..nanti apa pula cikgu2 cakap." Sarah memberi pendapatnya, betul juga. Tapi hatiku saat itu tak berhajat untuk mengalah dalam bermain kata. Orang yang liat dengan perubahan selamanya tak akan beerjaya.


" Yea..of course ana tahu pasal tue, sebab tue ana nak kita yg mulakan. Adik-adik akan melihat kakak2nya, baik kita baik lah diaorg pun..Mulut manusia selamanya akan terus berbunyi, kita tak akan mampu menghentikannya melainkan kita tukar keadaan."


" Tukar keadaan..?maksud ukhti?.." Sahabat-sahabatku mula mengerutkan  kening masing-masing. Macam Mr.Bean je sekali pandang.


" Kita buat orang bercakap tentang perubahan kita, lama-lama benda nie akan menjadi satu titik mula untuk kita melangkah ke perubahan lain pula, pasti makin baik dari hari ke sehari...amacam?.."sengaja aku kenyitkan mata untuk meredakan persoalan mereka.


" Hem..insyaAllah kami ikut je...moga Allah meredhai..amin.."
Kata sepakat akhirnya diambil.


Bermula saat itu, Baitul Tolabah menjadi taman tarbiah yang paling indah. Alhamdulillah, ucapan syukur buatMU Allah kerana memudahkan urusan serta melembutkan hati-hati mereka untuk menerima tarbiah.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



" Eh,mengelamun pulak..kertas keje mana? macam na kempen Maulidur Rasul kita nie?.."
Bahuku dicuit lembut. Alamak, bila masa mesyuarat start nie, aku tak perasan pulak..(*_^)


"Ada. ada..."Kempen Pesona Cinta"..."




Hampir satu jam mesyuarat berjalan, semua yang hadir kelihatan bersemangat sekali. Selawat Nabi saw menjadi pembuka majlis, tirai ditutup dengan tasbih kifarah dan doa munajat. 


Semestinya kami semua mengharap keredaan Ilahi sentiasa mengiringi sepanjng perjalanan ini.Semoga Allah tidak menjadikan amalan kami sia-sia, semoga hati kami bersih dari nifak,riyak, sombong dan takabbur dengan amalan yg sedikit cuma...amin.


Wallualam...


No comments:

Post a Comment