Monday, 19 March 2012

Man Akhi au Ukhti?







Tik..tik...Handphone di sebelah ku capai untuk melihat mesej yg baru msuk.

"Hai.."


"Siapa ni?..nak apa?"


"Boleh kenal?nama saya Azlan.."


"Tak de keje lain ke?.."


"Saya tak berminat pada lelaki.."


"Saya dah kahwin...harap saudara dapat buat kerja yg berfaedah sikit ye..cari bekal untuk mati..!.."


"Sepatutnya seorang guru tak boleh cakap kasar, ni kan dasar sekolah penyayang..!"


"Aik, siapa ni? macam mana kenal saya?..maaf2,terkasar..ana ingat orang asing tadi..maaf sangt2.."


Dia mendiamkan diri...terus mendiamkan diri, hatiku jadi tak keruan, apa tidaknya dah terkasar bahasa tadi. Ingatkan dia nak main2, rupanya dia juga kenalanku yang identitinya kekal menjadi rahsia sampai ke hari ini.  


Haih, sungguh penat melayan fenomena sebegini, teknologi yg semkin canggih kadangkala disalhgunakan, mengundang fitnah....


Ana bukan sahaja terburuk sangka pada insan itu bahkan urusan harian menjadi tak lancar kerana teringatkan dosa "lidah" yg baru sahaja dilakukan.


Duhai insan, kadangkala ingin ana katakan begitu susah menjaga hati. Sudahlah ana pun masih di tangga bawah, iman terumbang ambing...tatkala ujian datang mudah saja tenggelam...tolonglah agar dirimu dan diriku tak emnjadi fitnah dunia.


Di facebook juga sama, kadang2 ada sahaja yg mengusik iman. Pesanan itu pesanan ini yg membawa kelalaian..sudah ku cuba elakkan...susah sekali andai kau tetap ditakuk lama, x mahu dengan peningkatan dan perubahan..lupakah kita bakal menghadap Allah? akan ditanya kemana usia muda kita digunakan?..sungguh hatiku bimbng melihat fenomena di ruangan maya saat ini, tiada lagi segan silu...


Duhai teman, aku memberi nasihat yg kadangkala membosankan mu bukan bertujuan utk merosakkan mu tapi menjaga mu...aku kau kata "ustazah" pun x apa, asalkan hatimu mampu menroka sedikit keinsafan darinya...


Aku mohon maaf atas segala kekurangan diri..aku bukan sempurna, x minta pun utk menjadi sempurna di matamu..cuma aku harap kau jauhi lah "suul zon" iaitu perasaan bersangka buruk, ku bimbang kelak kau rosak dengannya...


Salam tarbiah dari insan kerdil buatmu....insan terpilih..

No comments:

Post a Comment