Thursday, 22 March 2012

TaRgEt CiNTa....


Puisi Dia Yang Aku Cinta.

Tidak pernah gagal mencuri hati,
tidak pernah tewas memenangi diri,
anggunmu bukan kerna paras rupa,
tetapi bagaimana kamu menjaga agama.

Di balik malumu ada rahsia,
tanda mahalnya harga jiwa,
di balik lemah lembutmu ada ketegasan,
yang buat dirimu tinggi tanpa perlunya perbahasan.

Sederhana,
menyentuh hati dan jiwa,
buat diriku spontan menunduk,
bertanya apa layakkah hamba?
Di situlah berputiknya cinta,
dan bermulalah perjalanan ini semua.

Kadang rasa diri ini hanya melukakan,
tidak mampu menghargaimu dengan sebaik cinta,
tetapi diri ini tidak akan sekali berputus asa,
untuk menghadiahkan kepadamu bahagia.

Biar nanti kita bukan gembira semata di dunia,
tetapi juga di akhirat sana.
Di bawah pokok rendang indah,
dengan nyamannya suasana,
bersama kasih sayang Allah,
yang tidak wujud batasnya.

~ HilalAsyraf ~
1810
240212
Irbid,
Jordan.
---------------------------
Khasnya untuk 'dia'.
Umumnya untuk mereka yang nak bagi kepada mereka yang istimewa.

Cinta yang sebenar,
adalah yang membawa ke syurgaNya.
 — bersama Farahiyah Matsahat dan 2 yang lain.

No comments:

Post a Comment