Tuesday 10 April 2012

ISTIKHARAH KU

Dia yang aku tunggu adalah seorang yang kuat cintanya pada ILAHI...


Dia yang aku tunggu adalah seorang yang sederhana dlm bicaranya...


Dia yang aku tunggu adalah janji Allah bagi melngkapkan putaran hidupku...


Dia yang aku tunggu adalah seorang yang amat rahsia...


Dia yang aku tunggu tidak akan mudah tergoda dengan dunia...


Dia yang aku tunggu adalah pemimpin ku serta keluargaku...


Dia yang aku tunggu menghormati & menerima aku seadanya...


Dia yang aku tunggu adalah seorang insan yg tdk memandang harta dan kecantikan..


DIA ADALAH ...entah..tapi aku yakin dia sedang mentarbiah dan mengislah dirinya saat ini kerana aku juga berada dalam proses yg sama..

Saat dia dan aku halal menyulam tautan hati..aku ingin dia mengemudi bahtera kami dengan istiqamah dan kesabaran kerana x mudah menjalin cinta hingga ke syurga....



Kini, aku merasai dia semakin hampir...namun, aku masih belum mampu membentuk baitul muslim bersamanya kerana aku masih perlu melengkapkan diriku dgn segala persiapan utk menjadi surinya...

Dia kini semakin hampir...aku jadi malu sendiri tatkala lafaz peminangan diucap oleh bibir si umi yang beriman menyatakan hasrat si putera yang inginkan cinta halal..adakah aku mampu sedangkan mata tak pernah bertaut, hati tdk pernah mengenali..hanya istikharah cinta yg berbicara....


Sabarlah duhai pendamping hati..suatu hati nanti Allah pasti akan temukan kita dalam sebaik2 pertemuan..aku mengharapkan jalinan ini tidak berlandaskan nafsu semata...


Janji padaku...tetapkan hatimu di kejauhan..susah utk ku katakan kita bakal selamat dari fitnah dunia tatkala jarak memisah jauh...


Namun, keyakinanku tinggi padamu..kerna kau sangat menjaga hatimu...tidak pernah sekali kau berani berbicara face to face dengan aku..hnya memakai istikharah cinta..meminta dalam sujud..sungguh aku bahagia..


meskipun ramai yg tidak tahu kehadiranmu...aku sentiasa merasai cinta itu subur dalam baja tarbiah...selamat menuntut ilmu duhai kamu yg aku kagumi..semoga ketemu kita lagi dalam keberkahan ILAHI..amin..



No comments:

Post a Comment