Thursday, 10 May 2012

Cinta Kolestrol..

Salam...

ku dahului dengan ucapan syukur pada pemilik Bima Sakti..Allah swt..
ku doakan semoga kita semua dilindungi di dunia dan akhirat..

Aku berdoa pada Penguasa Alam ini agar menjadikan kita syabab-syabab pilihan biarpun tak sehebat syabab di Palestin..yg gagah berdiri, menjadikan diri sebagai benteng..memelihara Agama Langit ini..

ku selitkan selawat dan salam buat Utusan Agung akhir zaman...Muhammad saw..Nabi kita tercinta...

ku doakan agar Baginda mensyafaati kita sebagai umat Baginda saw...yg dapat meneguk air dari Telaga Kautshar..yg mendapat naungan ilahi di akhirat kelak..amin

"Sebaik-baik sahabat ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik-baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya."



sahabat yang dicintai sekalian

ana terbaca 'post' dari sahabat ana..srikandi itu menyatakan bahawa hatinya rawan dengan perubahan yang terjadi pada sahabat2nya...

srikandi itu gusat tatkala melihat sahabat2 nya...yang dahulu bertatih di jalan yg sma..memakai pakaian seragam yg sama..kini, telah berbolak balik hati dan pendirian mereka...kerana terasyik dan terleka dengan 'gula-gula' barat yang sedang menipu jiwa ummah ini...

ana juga..
hati ini berteriak...

sahabat2..princess Islam..bidadari dunia...permaisuri hatiku...

kalian juga...mengalami fenomena yg sama..T_T

kenapa mudah kalian menyerah sesuatu yang tinggi nilainya buat sang bunga kepada kumbang liar yang entah dari mana asalnya...engkau mudah sekali tertipu dengan kata2 manis..yang menjanjikan cinta palsu..

sahabat..
ana juga kadangkala melihat kalian melalui FB...
ana sangat sedih kerana ada antara kita tanpa segan silu 'melucutkan' panji pertahanan dari dirimu...

"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."

rambutmu kau biar terdedah tanpa alas..
kau 'posing' lebih hebat dari artis bollywood...

apa kau fikir tidak ada fitnah atas dirimu??
sahabat...tutplah kembali...engkau masih belum terlambat..

aku lihat..engkau 'tersengih' penuh 'bahagia' di dada2 FB...
adakah benar kau bhagia...mengisi kekosongan TANDA2 AKHIR DUNIA...

bukanlah ana ini solehah sangat..bukan lah ana nie tidak menilai diri ini..
ana juga cuba memuhasabah diri..agar tak terjatuh. tersungkur. tersadung  pada dunia...
insyaAllah...


sahabat...ana buat analogi sikit...boleh???

andai kan kalian pergi ke kawasan perkelahan..air terjun ke, tepi pantai ke..tepi tasik ke..mana2 lah..
kalian akan mencari tempat untuk melabuhkan diri kan..???...menghampar tikar di bawah teduhan, terlindung dari panas...betul??...

kenapa kalian tidak memilih untuk duduk di kawasan yang terdedah kepada panas ??
kenapa..???

pastinya kerana tidak selesa, rimas..memudaratkan...kan...

sama la...dengan keadaan kita sekarang....

carilah teduhan rahmat..berteduhlah di bawah syariat Islam..selesa, menyamankan dan menenangkan...



"Seorang muslim itu adalah saudara muslim lainnya, dia tidak boleh menzalimi dan menghinanya. Barang siapa yang membantu keperluan saudaranya, maka Allah akan memenuhi keperluannya. Barang siapa yang melapangkan satu kesusahan seorang muslim, maka Allah akan melapangkan satu kesusahan di antara kesusahan-kesusahan hari kiamat nanti. Dan barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, maka Allah akan menutupi aibnya pada hari kiamat."
HR. Ibnu Umar Ra. Kitab Sahih Muslim: 4677).



wallahualam...





2 comments:

  1. aiwah
    mudahan,
    dengan ini merupakan jalan utk mereka sedar
    kita nak masuk syurga sama-sama^^

    ReplyDelete
  2. "Allah itu Maha Pengasih, dan Allah juga Maha Berat Seksa-Nya.

    Namun, kasih sayang Allah sentiasa mendahului murka-Nya.

    Jadi, adakah kita sekarang fikir Allah sedang murka kepada kita tetapi kerana sifat kasih-Nya, Dia melambatkan seksa-Nya,

    ataupun kita sebenarnya dalam rahmat dan kasih sayang Allah,

    kerana kita ini sebenarnya seorang yang baik?

    Namun sekiranya kita tahu yang Allah sedang murka kepada kita tetapi kita sekarang masih dalam belas ihsan-Nya,

    anggaplah soalan ini sebagai belas ihsan-Nya yang terakhir sebelum datang murka-Nya.

    Jadi, kita yang mana satu?"

    ReplyDelete