Thursday 30 August 2012

AWAS..!!.


Diriku..
Tersenyumlah…
Kau akan lihat dunia ini turut tersenyum padamu…
Kerana senyuman adalah penawar mujarab bagi hati yang duka…
(^_^)…..(^_^)….(^_^)….

Diriku…
Di saat jari mula menaip bicara puisi hati…
Kau mula kan lah warkah ini dengan hati yang tidak diselaputi penyakit …
Semoga perjuangan kecil ini mampu membina jambatan ke JannahNYA..amin..
Buatmu jua buat mereka yang kau cintai…

Diriku..
Disaat gerbang 'facebook'mu penuh dengan post tarbiah…
Bukan beerti kau memang orang yang perfect tarbiahnya…
Jangan membangga kelak neraka menghembus api amarahnya buatmu…takutlah..

Diriku..
Ada sahaja teguran bukan muhrim mu yang xdikenali di halaman FB itu..
Jangan mudah kau menyerah, selagi kau punya duri kesucian..hunuskan lah…!
Jangan jadi murah gara-gara pujian 'solehah' itu…jangan perasan..!

Diriku…
Bukan masanya lagi melayan perasaan itu..dibuai, terleka..hanyutttt….~~~
Aku tahu kau sudah bersusah mempertahankan mahkotamu…
Sabarlah…penantian bukan penyeksaan bahkan tarbiah terunggul…
Kau berusaha dalam kepayahan, kau akan tersenyum kepuasan…
USAHA, TAWAKAL…SABAR…


No comments:

Post a Comment