Friday 10 August 2012

Kata Hati



Hari ini diriku terasa penat sekali.

Sekali-skala mata menjeling jam di tangan.

Ah, kebosanan mula menjalar.

Pensyarah masih meneruskan sesi kuliah di hadapan, aku sudah hilang fokus.

Pantas tanganku mencuit bahu rakan di sebelah.

"Ada apa?.."tanyanya sambil pandangan masih melekat pada pembentangan di hadapan.

"Urut jap…lenguh lah"..aku menyuakan tangan kananku padanya.

Seminggu ini aku tidak berapa semangat, bertimbun masalah menghempap diri.

Rutinnya, akulah insan paling rajin bertanya itu dan ini tapi berbeza pada situasi kali ini.Mulut seolah terkunci rapat.Fikiran melayang entah ke dimensi mana.

"Ah..apa kena nie..astagfirullah..Ya Allah, bantu hamba-Mu untuk khusyuk dan ikhlas dalam menuntut ilmu."ngumam hatiku sambil tangan meraut wajah.

Kemalasan mula menguasai diri lantas aku meminta izin pensyarahku untuk ke 'ladies'…aku ingin membersihkan jiwaku dengan percikan air wudhuk.

Kaki melangkah longlai menuju ke tandas masjid.

Aku mengambil kesempatan untuk beriktikaf sebentar. Mengambil masa untuk bermuhasabah membunuh perasaan malas ini.

Minggu ini, aku telah terbuai dengan risikan seorang ikhwan yang padaku merupakan seorang hamba ilahi yang sangat hebat. Senior ku ketika alam persekolahan dulu.

Katanya, dia sangat berhajat untuk aku menjadi permaisuri hatinya.

Fuhh…masalah berat..macam mana nak jadi suri hati, suri rumah pun aku gagal lagi, sekadar menolong umi sikit-skit je…

Aku ceritakan masalah ini pada insan yang paling aku percayai, sahabatku Raudzatul Sakinah dan yang paling utama keluargaku.

Aku sendiri melabuhkan sujudku dalam istikharah saban malam, memohon Ilahi membuka jalan.

Andai sudah tiba masa, mengapa tidak aku terima sahaja, ikhwan ini terkenal dengan kesolehannya, aku pula terkenal dengan apa?mungkin dengan sikap 'ngot-nget' yang memeningkan orang lain…

Ehem…bila fikir balik..mana 'ngam' deh…

Lagipun, aku baru 19tahun…

Prinsip hidupku jelas..matlamatku tegas…aku akan menyelesaikan ijazahku dahulu sebelum melangkah ke alam rumah tangga.

Rasionalnya?...

Supaya perkahwinan yang dibina tidak akan terganggu dengan sebarang halangan sama ada jarak mahupun soal komitmen masing-masing.

Supaya aku mampu memberi perhatian penuh sebagai bidadarinya 'full time' tanpa perlu terpisah dengan jarak disebabkan aku masih di alam belajar.

Supaya tidak akan hadir kecemburuan bila aku terpaksa bergerak kerja dengan masyarakat yang terdiri daripada Muslimin dan muslimat…fitnah boleh hadir dalam pelbagai bentuk….kan…

Supaya aku dapat membahagiakan 'parents'ku dengan gaji pertamaku dahulu sebelum bernikah kerana aku adalah anak sulung…anak emas lah orang kate..

Aku juga ada misi yang lain untuk mencapai visi diri iaitu "Allah is No.1"…misi hidup mestilah terarah, jangan main-main…

Mempersiapkan diri juga penting….nak jadi zaujah kalau ilmu tak mantap boleh jadi porak perkahwinan yang dibina…

Rohani, emosi, intelek, kewangan…dan lain-lain…

Lagipun, dari sudut yang lain..aku memang tidak bersedia lagi.

Jadi…izinkan aku persiapkan diriku sebaik mungkin walaupun aku tahu mana mungkin mampu sempurna…

"Alamak…dah terlajak nie…habis lah.." 2o minit telah berlalu, tersedar dari lamunan panjang lalu aku bergegas menuju ke kelas. Dalam hati hanya Allah yang tahu.

"Assalamualaikum..maaf, darurat.."kataku. Bukan menipu tapi berhelah…macam pernah dengar ayat nie..sory Kak Fatimah Syarha, pinjam jap deh..:-)

"Tak pe…faham.."kata pensyarahku, dia tersengih sahaja.Lega aku rasa.

Alhamdulillah, aku semakin bersemangat…setelah memikir jalan mana harus aku ambil selepas ini.

Lantas tanganku menaip kata putus buatnya setelah masa pensyarahku telah habis.

Aku mengatakan dengan hikmah mengapa aku memilih keputusan ini.

Istikharah membuatkan hatiku tenang menolak dengan cara terbaik, semoga Allah menggantikan dengan srikandi yang lebih baik buatmu. Aku yakin itu kerana dia juga seorang insan yang baik pada kaca mata ku dan orang yang turut mengenalinya.

Mana mungkin Allah itu zalim…aku yakin setiap perancangan Allah adalah baik buat hambaNYA walaupun pada dasarnya perkara itu menyakitkan batin.




~~~Jadilah pelindung kepada kaum Hawa dengan tidak memandang kami.

Jadilah pelindung kepada kami dengan menambahkan ilmu dengan amalmu,

supaya nanti pabila tiba masanya, dapat kalian menjadi pemimpin keluarga yang dihormati.

Jadilah pelindung kepada kami dengan menjaga sebaik-baiknya akhlakmu.

Jadilah pelindung yang terbaik dengan mencontohi Rasulmu! 



Lelaki yang bijak sentiasa berusaha menjadi pelindung kepada wanita.

Lelaki yang bijak takkan meminta dan mengharapkan sesuatu yang belum menjadi haknya.

Lelaki yang bijak sentiasa menjaga pandangan mata dan hatinya.

Lelaki yang bijak menyedari bahawa seorang perempuan itu hanya mahu dirinya dihormati.

Lelaki yang bijak hanya mahukan wanita yang terbaik untuk menjadi suri hidupnya.



Lelaki yang pintar sentiasa risau dirinya akan membawa fitnah kepada wanita,

Lelaki yang pintar tidak akan sekali-kali gentar apabila seorang wanita bertindak tegas
 

terhadapnya kerana dia sedar itulah wanita sejati!

Yang mempunyai harga diri, yang takut kepada Ilahi.

Lelaki yang pintar takkan risau dan gusar dengan status ‘single' kerana dia tahu dengan 

izin-Nya kelak dia akan berjabat dengan seorang wali yang bakal memberikan titik 

noktah kepada status tersebut! 



Lelaki yang baik takkan berusaha mendekati,

meskipun dengan niat yang suci,

kerana dia sentiasa menyedari,

niat mungkin terpesong sekalipun begitu murni,



kerana dia mengakui,

makhluk bertanduk dua sentiasa "ready"!

Ingatlah, Dia jua yang Maha Memerhati.



Baginda bersabda, 

"Tanyakan pada hatimu sendiri! Kebaikan adalah sesuatu yang membuat jiwamu tenang dan hatimu tenteram, sedangkan dosa adalah sesuatu yang menimbulkan keraguan dalam jiwa dan rasa gundah dalam dada, meski telah berulang kali manusia memberi fatwa kepadamu." 




Kisah ini adalah sekadar perkongsian terbiah...

Tidak ada kaitan dengan sesiapa pun...

Sekadar daku menghunus pena daei...

Agar ia mampu menjadi penyelamat dari nerakaNYA...

Seindah Mawar Berduri

No comments:

Post a Comment