Wednesday 29 August 2012

Love Story

yA ALLAH, SAMPAIKAN AKU PADANYA...

TUESDAY, 4 OCTOBER 2011
"Sayang, dulu sebelum kahwin, Sayang tak ada pun ajak abang keluar makan sama-sama ke, 'dating' ke, Sayang takut Allah ye?"

"Mestilah cik abang sayang. Sayang nak bagi cinta kita 'meletup' selepas kahwin. Orang yang tidak biasa berpuasa syahwat tak akan menikmati debaran saat berbuka dan bertemu dengan-Nya. Best kan bang, ada kenangan cinta yang terpelihara? :)"




Kata Imam hassan al-Banna dalam hadis tsulasa, "Jika kita berkawan-kawan 20 tahun 

sekalipun, kita tak akan mengenalinya kerana dia akan cuba berlakon sehabis daya."

Jadi, ianya buang masa. Baik kahwin terus.


Jika berkawan-kawan, kita hanya mengenali wataknya sebagai seorang kawan.

Jika berkahwin, kita akan mengenali wataknya sebagai seorang suami.


satu menghampiri zina.

satu lagi penuh berpahala.

nak yang mana? :)

Akak ( Fatimah Syarha) pernah membaca buku tulisan Ustaz Sarip Adul, seorang pensyarah, 

tentang Syurga Dunia. Beliau menasihatkan agar wanita perlu tegas meletakkan syarat dan 

memilih calon suami. Jangan jadikan perkahwinan medan perjudian takdir.


Elakkan daripada menjadi sesetengah wanita yang sengaja memilih lelaki yang kurang baik 

dengan niat ingin membimbingnya selepas berkahwin. Kata beliau, wanita sebegini tidak tahu 

tentang tabiat lelaki.



Kalaupun peluang untuk membuat perubahan ada tapi peluangnya amat tipis. Kata beliau, 

bukankah lelaki itu terkenal bersifat ego dan tak mudah mengikut kehendak wanita?

Kalau adik suka dia, nasihat akak, kuarantin dulu sehingga dia benar-benar membuktikan 

dia tidak hidup alpa dengan dosa.






No comments:

Post a Comment