Lembaran ini
JOM ISTIGFAR...
Saturday, 24 November 2012
Cinta & Cita-cita
Jom kita refresh lagi sekali hati pada hari ini.:-)
Namun pada kali nie ana bawakan pengalaman ana suatu
ketika dahulu semasa masih bergelar pelajar sekolah..
Dulu memang best bidas membidas dalam gelanggang
perbahasan, yang salah pun jadi betul..(menegakkan benang yg basah kot)…asalkan
menjawab soalan sipembangkang…
Tapi sanggupkah berjaga malam untuk "Piala
Kemenangan Akhirat"?
Kalau dulu begitu rancak berdiskusi sampaikan solat
pun basi-basi…(ana la,bkn org len)
Tapi mampukah kita bertahan tak kala hijab dibuka
menjadi saksi di Mahsyar kelak?
Ya…bagi yang mempunyai 'pengalaman'…tahu lah kan…
ada suka ada duka,ada azam tinggi ada malas terlebih,ada masam ada manis,ada cinta ada kelalaian.Ada HIDUP ada MATI.Macam2 ada…..
Ok..kali nie bukan nak ketengahkan soal
"CINTA" sANGat…sebab ramai dah yg dok "remain" bab ni,
bukan takde cinta,tu tipulah…tapi ada yang lebih UTAMA….CITA-CITA!
Cinta alam sekolah nie hanya main-main je. Takde
kepastian, takde keredhoan,takde kejayaan…tak percaya, buatlah…
Suka tue tak salah, siapa mampu tahan fitrah…Yang salah bila tak pandai urus rasa suka, yang haram
jadi halal…
sudah2 lah…kita tahu batasnya, kita tahu pagarnya.
Jangan melebih.
Kita (adam & hawa) saling memerlukan utk urusan
menegakkan Agama ini…
Tue pun ada 'rule'nya..bukan rempuh je…ada batas
iktilad…
Bagaimana pula dgn "ambition" anda?..untuk
alam yg kekal abadi.
Ya..CITA-CITA mati dalam HUSNUL KHOTIMAH..siapa nak
angkat tangan?!!!A'ah…ramai yang mahu pengakhirannya baik….ana pun.
Cuma, kita punya 'line' nak menuju Ilahi masih
bengkang-bengkuk…garis kehidupan kita boleh diubah dan diluruskan…itulah
namanya Syariat Kehidupan.
Allah bukan mencipta 'dark life' untuk hambaNYA, tapi
ALLAH bagi 'torchlight' untuk kita suluh laluan kita…agar kita nampak jalan
mana yang selamat dan jalan mana yang mengundang bencana.
Tapi berapa ramai yang menggunakan 'torchlight'nye dgn
baik?...ramai yang tersasar, bukan tak nampak tapi kabur.Tak nak 'charge' iman…
Teringat dalam Café Cinta, " Insan dan Ilahi
ibarat Handphone dan Charger"…analogi yg mudah..kan..
Jadi…tunggu apa lagi..walaupun anda ibarat Samsung
Galaxy sekalipun tapi tak de 'power' tak boleh pakai juga.
Sahabat…untuk ana dan juga untuk anda..ayuh kita
perbaiki iman kita sepanjang masa.
Jadikan hidup ini kereta api yang ada
landasan..akhirnya selamat sampai stesen…insya-Allah…
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment