Thursday 1 November 2012

Lelaki itu



Lelaki itu..
hatinya disalut taqwa kepada ALLAH,
jiwanya penuh penghayatan trhadap Islam,
sentiasa dahaga dengan ilmu,
sentiasa haus dengan pahala,yang solatnya maruah dirinya,
tidak pernah takut untuk berkata benar,

tidak pernah gentar melawan nafsu,

Lelaki itu...
menjaga tutur katanya,
tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya,
sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang dermawan ,
mempunyai ramai teman,
dan tidak mempunyai musuh bersifat syaitan,

Lelaki itu..
Insan yang sangat menghormati ibunya,
sentiasa berbakti kepada kedua orang tuanya dan keluarga,
menjaga kerukunan rumahtangga,
sabar mendidik isteri dan anak-anak mendalami agama,
yang mengamalkan hidup penuh sederhana,
kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat..

Lelaki itu..
sentiasa bersedia untuk menjadi insan yang hakiki,
hidup di bawah naungan Al-Quran dan sunnah nabi,
boleh diajak berbicara dan berdiskusi,
menjaga matanya dari pandangan duniawi,
sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Ya Rabbi,

Lelaki itu..
tidak pernah membazirkan waktu,
matanya kepenatan kerana penat menimba ilmu,
suaranya lesu kerana lidahnya tak henti memuji dan mengingatiMU,
tidurnya lena dengan cahaya keimanan,
bangunnya Subuh penuh penghayatan,
kerana sehari lagi usianya bertambah penuh keinsafan,

Lelaki itu...
sentiasa mengingati mati,
baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat,
yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga,
agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang sempurna,
meneruskan perjuangan Islam sebelum tibanya Kiamat,

Lelaki itu..
tidak terpesona dengan buaian dunia,
kerana dia mengimpikan syurga,
di situlah mahligai impiannya,
dialah Lelaki sejati terbaik didunia..






No comments:

Post a Comment