Saturday 25 February 2012

Aku HambaMU


Salam kepada semua..

Hah..rasa macam lama Dah tak menulis, hampir 2minggu. Detik waktu yg mencemburui memaksa diri utk mengutamakan mana yg lebih utama.

Begitu banyak diri ini ingin coretkan..kisah demi kisah meniti hari demi hari..suka, duka, tawa riang, nangis hiba….segalanya.



Sepulangnya dari IPG Pendidikan Islam, Bangi..
Aku cuba memutar kembali filem kehidupan yg baru sahaja berlalu beberapa detik, Konvensyen Fiqh yg menghadiahkan kepadaku pelbagai ilmu utk dihayati.
Melihat dengan sendiri bahawa ISLAM ITU MUDAH dalam konsep Wasatiyyah yg diperkenalkan.
Aku jadi senang, bukan kerana mampu melihat selebriti tapi aku mampu mencari satu azimat perjuangan….yg selama ini aku fikir sgt sukar rupanya begitu mudah.

Hari seterusnya dilalui dgn penuh bersederhana..insyaAllah..
Lumrah yg bernama insan sentiasa diselangi sifat alpa dan lagha..aku jua…lupa apa yg baru seketika aku pelajari..lupa kerana diselaputi indah dunia…
Semangat seakan melayang terbang ke angkasa raya, mendengar khabar duka dari kampung halaman..nenda tercinta bertarung di medan derita..jantungnya dipercayai bengkak dan dimasuki air, penyebab kesukaran beliau bernafas. Jasad lemah itu terbaring tak berdaya di kejauhan..

Akal seakan tak mampu berfikir waras, mahu pulang ataupun mahu setia di medan ilmu?
Ah, aku bingung seketika…seusai 2rakaat solat sunat isyak..seorang srikandi mengetuk kamarku, halaqah dengannya memberi kata putus bahawa aku harus pulang!!!...berteman pelita nion yg menerangi  laluan kampus, aku bersama sahabat setia meredah pekat malam semata-mata mencari sekeping tiket yg bakal menjadi platform utk aku berlepas pulang.
Otak ligat memikir, mahu pulang awal ataupun lewat??...sekali lg halaqah cinta memberi jawapan, langkah ku seterusnya meminta perlepasan dari HEP…Alhamdulillah, kernaMU Allah aku terasa mudah, kernamu teman aku tersenyum lagi…

Malam itu aku mula menyusun rancangan, aku mengambil keputusan utk menziarahi sekolah lamaku dahulu sebelum ke rumah nenek…kerana aku teringat bahawa aku mempunyai amanah lagi di situ, MENYEBAR CINTA kpd adik2…ya, aku sgt mencintai sekolah itu, warganya dan apa shj yg ada padanya..kerna di situ langkahku bermula, langkah seorang daei…


Kamar warden menjadi destinasi pertamaku…melihat dan menjenguk ayahanda2 tercinta yg byk menyedarkanku…Teringat ibunda Sobariah, beliau jarang ada di kamar tue sebab majoriti ustaz2, nk jumpa cari kat bilik KH...DENDA zaman remaja mg melucukan tpi membekas di hati..aku rindu saat itu..sangat rindu….

Seterusnya. Aku menyasarkan adik2 sesi petang sebagai platform tarbiah seterusnya..ingin membantu mereka dan diriku sendiri, bila kita ingatkan org lain, diri kita juga akn turut beringat…



Hanya Allah yg tahu betapa seluruh urat saraf aku kecut, sel-sel badan terasa berlari dari kedudukan asal…jantung berdegup 100kali lebih cepat..kulit muka mula bertukar kemerahan..semuanya apabila dipinta Ustaz Fakrudin memberi motivasi alihan pelajar buat adik2 4 Agama…aduh, bagiku terlalu sukar permintaan ustaz tapi kerana menghormati beliau dan melihat wajah adik2, aku gagahkan juga lngkah kaki ini biarpun payah…siapalah aku berbanding ustaz, manalah layak berdiri di depan…Aku malu bercampur terharu melihat ustaz turut join bersama, duduk bersama anak buahnya…terima kasih ustaz…moga AllaH memudahkan dirimu dlm menyampaikan ilmuNYA…
Ustaz Kudin..dulu senior tapi sekarang dh jadi guru…hebat perancangan Allah…
Sekali lg Allah menguji, nenda masuk ICU semula…baru shj beberapa saat aku berpesan pada adik2 agar tabah, kini giliran aku pula utk mempraktikkan apa yg baru shj aku katakan tadi. Kerana rasa hati ini lemah, aku meminta kekuatan dariMU Ya Rabb….



Dalam masa yg sama, aku turut kagum dengan mak & ayah…entah mcm mana nk ceritakan tapi merekalah yg byk berjasa padaku selama ini…syurgaku bergantung pada redho keduanya…SAYANG AYAH & MAK…terima kasih besarkan saya dlm tarbiah…kerana doamu aku sampai ke tahap ini.Jarang aku mendengar keluhan kepenatan dari bibirmu, di situ aku bangkit dari 1001 alasan utk  bermalasan dlm hidup.
Saat ini, baru ku sedar ujian dan dugaan tanda Allah sayang pada kita…ia teguran Allah secara langsung buat hambanya yg alpa…

Apa pun…aku banyak ambil pengajaran dgn apa yg aku lihat, apa yg diriku alami,..yang pasti mujahadah itu PAHIT kerana syurga itu MANIS…
Salam sayang buat semua..assalamualaikum..

No comments:

Post a Comment