Friday, 10 February 2012

Close My Heart




......BINGKISAN HATI SEORANG WANITA....

Ya Allah…….
terlalu mudah diri ini
mengalirkan air mata
tidak tertahan
ianya dilepaskan
kerana cemburu ku
fikiran ku terganggu
rasa itu membelenggu
menikam kalbu
walaupun dia tiada kena mengena dengan diri ku
namun ceritanya cerita mereka
membuatkan ku 'terasa'
tanpa di pinta
air mata dilepaskan
hanya padaMU aku memohon
uraikanlah rasa cemburu yang satu itu
sesekali ianya menerpa
tidak tertahan rasa hati ini
sesungguhnya Engkau Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani

SATURDAY, SEPTEMBER 5, 2009

BagAImANa uNtUk MeNgAtAsi CemBuRu??

Menurut Pakar Perunding Psikiatri, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Prof. Madya Dr. T Maniam menjelaskan terdapat beberapa faktor yang menjadikan seseorang bersifat cemburu keterlaluan.

GEJALA
Individu yang terlalu posesif(terlalu mengawal pasangan, contohnya individu terbabit ingin tahu lebih jelas dengan siapa pasangannya bercakap, urusan apa dan sebagainya).
- Sering berasa was-was atau syak wasangka terhadap pasangannya.
- Tidak meletakkan kepercayaan.
- Terlalu sensitif

JENIS-JENIS CEMBURU
Perasaan cemburu terbahagi kepada tiga jenis iaitu :-
- Normal(cemburu dalam hubungan suami isteri)
- Neurotik(cemburu yang keterlaluan yang boleh menyusahkan diri sendiri, tetapi masih boleh dikawal).
- Cemburu psikotik (cemburu keterlaluan akibat perkara yang remeh- temeh)

CARA MENANGANI MASALAH INI
Mereka yang berdepan dengan masalah seumpama ini dinasihatkan supaya mendapat bantuan daripada ahli keluarga yang terdekat.
Pada masa yang sama, kebijaksanaan mengenali tingkah laku individu yang mengalami masalah ini penting bagi mengelakkan tercetusnya kemarahan mereka.
Sebagai contoh, jika seseorang itu menyedari bahawa sikap berkeras boleh menyemarakkan api kemarahan pasangannya, dia dinasihatkan supaya mengalah.
Pendekatan yang halus, lembut dan berhikmah dapat membantu mengelakkan tercetusnya kemarahan individu yang mungkin boleh mendedahkan risiko mencederakan atau membunuh.
Bagaimanapun, jika usaha ini telah dilakukan dan individu terbabit masih cenderung kepada keganasan, sebaik-baiknya anda dinasihatkan supaya meninggalkan rumah bagi mengelak daripada dicederakan.
Bagaimanapun,perasaan cemburu ini hanya dapat dikurangkan dengan ubat-ubatan atau rawatan lain. Antara aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan oleh individu itu ialah seperti yang berikut,

1.Minum air putih sekurang-kurangnya tiga gelas.



2.Tarik nafas sedalam-dalamnya lalu hembuskan sekuat mungkin. Lakukan paling kurang 50 kali. Dijamin anda akan keletihan sendiri dan lupa pada rasa cemburu.

3. Cuba untuk menghiburkan diri dengan mendengar muzik-nuzik yang lembut atau nasyid yang mampu untuk menenangkan jiwa serta fikiran.

4. Buang atau simpan perkara-perkara yang mampu untuk mengingatkan anda kembali kepada orang yang anda cemburui.

5. Alihkan fikiran kepada perkara-perkara lain yang lebih positif. Contohnya, berfikir tentang masa hadapan.

6. Mengunjungi tempat-tempat yang mampu untuk memberikan ketenangan kepada anda seperti berjalan-jalan di tepi pantai, air terjun , atau melakukan aktiviti di kawasan rekreasi.

7. Selain itu, melakukan aktiviti berenang kerana menurut kajian aktiviti ini mampu untuk mengurangkan tekanan perasaan yang dihadapi.

8. Jangan sesekali lari daripada masalah dengan mengambil makanan yang berlebihan. Ini kerana akan membawa kepada masalah yang lain pula, seperti masaah kesihatan seperti kegemukan, darah tinggi , diabetis dan sebagainya yang akan menyusahkan diri anda sendiri.

9. Berkomunikasi dengan seseorang yang kamu percayai. Contohnya, bertemu dengan sahabat karib, ahli keluarga yang dipercayai seperti ibu bapa anda atau pakar kaunseling untuk anda meluahkan disamping mengurangkan bebanan perasaan yang ditanggung.

10. Selain itu, tidak salah sekiranya anda ingin menangis kerana sesetengah individu selesa dengan kaedah ini untuk mengurangkan apa yang mereka rasai.

11. Perkara penting yang perlu anda lakukan ialah, kembali untuk mendekatkan diri kepada tuhan serta mengadu kembali kepadaNYA kerana sesungguhnya Dia Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Contohnya, berzikir dan rajin membaca Al-Quran.Sesungguhnya Al-Quran adalah penawar segala penyakit.

Kesimpulannya ialah, cemburu merupakan salah satu daripada penyakit hati yang mana akhirnya akan merosakkan individu itu sendiri. Penyakit itu adalah kurniaan daripada Allah yang mana setiap penyakit yang dikurniaNYA ada penawarnya.Terpulanglah kepada individu itu untuk mencari jalan penyelesaiannya.

MCM BIASA...COPY PASTE...SKDAR BERKONGSI...(^_^)

1 comment: