Wednesday, 29 February 2012

Isi hati seorang ibu tua...

Salam...
hari nie ana nk kongsi sedikit tentang isi hati seorang nenek..


Wajah uzur itu
sentiasa memandang di jendela kamar
menanti hadirnya si anak tersayang
mmeluk dan mengucup wajah tua itu.


Wajah uzur itu
sentiasa muram di usia senjanya
segala perilaku kembali keanak-anakan
mengharap kasih dan belai mesra sang anak tersayang


Wajah uzur itu
sentiasa menangis kepiluan
pabila panggilannya tidak disahut lagi
pabila nasihatnya tidak dipeduli lagi
pabila dirinya terbuang sepi tanpa perhatian


Wajah uzur itu
kadangkala merungut sendiri
hatinya kepiluan mencari erti ketenangan
di sisi anak-anak yg tersayang
tempat kasih beradu


Itulah wajah seorang ibu tua
wajah yg kian dimamah usia
wajah yg kian dilupai
oleh sang anak durhaka






Sang Anak itu
begitu segan menjenguk si ibunya


Sang anak itu
malu mengaku wajah uzur itu sebagai ibunya


Sang anak itu
ralit dalam mengejar dunia
hingga terlupa dia akan kembali pada Penciptanya
sehingga terlupa menunaikan hak kepada si ibu...


Ohh...kasihan si ibu....
Allah...jadikan aku seorang anak yang solehah
berbakti buat ayah ibu sentiasa
di usia senja mereka, dampingkan lah aku selalu pada insan mulia itu


Di saat aku menjadi seorang isteri, kurniakanlah aku zuriat
yg soleh solehah...yg menemani usia akhirku..
yg menjaga aku serta menyayangiku...


Semoga rahmatMU sentiasa bersama seorang anak yang mengasihi ibu bapanya...rahmati kami..



No comments:

Post a Comment