Wednesday 29 February 2012

KOT 2012


Wanita dan Sukan Menurut Perspektif Islam

E-mailCetakPDF


Sukan merupakan suatu aktiviti yang memiliki banyak kelebihan tidak hanya terhad kepada kebaikan daripada segi fizikal dan sosial malahan juga dari segi psikologi. Kebaikan-kebaikan ini adalah sebagai suatu
´keperluan asas´ bagi kedua-dua gender sebagai satu kaedah bagi memastikan tahap kesihatan fizikal mahupun emosi berada di dalam keadaan yang terbaik.




Pada asasnya, Islam tidak pernah menolak sebarang bentuk aktiviti sukan malah Islam sangat menggalakkan umatnya bersukan sebagai suatu aktiviti riadah yang menyihatkan. Rasulullah s.a.w turut menganjurkan umatnya menyertai aktiviti sukan sebagai suatu aktiviti senaman yang paling mujarab.

Islam sebagai agama yang syumul, senantiasa mengambil berat tentang hal ehwal umatnya disamping menjaga hubungannya dengan Pencipta Yang Maha Agung. Walau bagaimanapun, Islam turut menetapkan beberapa syarat dan peraturan yang perlu digunapakai sebagai rujukan dalam menjana setiap gerak-geri umatnya bertujuan agar tidak terpesong daripada ajaran Islam yang hakiki.

Justeru, perkaitan di antara sukan dan penglibatan kaum wanita turut dibatasi dengan tata cara dan tertib yang telah digarispanduankan oleh Islam bertujuan sebagai suatu penetapan bagi mencipta garis keseimbangan di antara hal wanita Islam di dalam sukan dan kepentingan dalam memelihara maruah dan kedudukannya sebagai seorang Muslim.

Dalam situasi ini, Islam telah menyediakan satu garis panduan sebagai suatu metode rujukan bertujuan untuk memelihara kehormatan kaum wanita Muslim daripada perkara-perkara yang boleh melanggar batas-batas moral dan akidah Muslim.

Fatwa yang telah dikeluarkan oleh Majlis Fatwa dan Penyelidikan Kesatuan Eropah menerusi Timbalan Pengerusinya, Sheikh Faysal Mawlawi menegaskan bahawa:

“Perkara asas yang perlu dititikberatkan oleh seorang wanita Islam mengenai penyertaannya di dalam aktiviti sukan adalah menjaga auratnya. Aurat bagi seorang wanita Islam ialah keseluruhan anggota badan kecuali muka dan telapak tangannya.

“Manakala aurat bagi seorang lelaki Islam pula ialah dari pusat hingga ke lutut. Justeru, selagi syarat dan peraturan penutupan aurat ini tidak dilanggar, maka, tidaklah menjadi suatu kesalahan atau halangan bagi wanita mahupun lelaki melibatkan diri mereka di dalam aktiviti sukan.”

Dr. Ali Muhyy Ed-Deen Al-Qara Daaghi, Ketua di Jabatan Usul al Fiqh, Fakulti Syariah, Universiti Qatar menambah:

“Tidak dapat disangkal bahawa agama Islam tidak pernah menghalang kaum wanita melibatkan diri mereka di dalam sukan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa syarat yang perlu diambil kira. Syarat-syarat tersebut adalah:

1) Wanita dilarang memperagakan diri mereka dengan tujuan menarik perhatian kaum lelaki.

2) Wanita dilarang mendedahkan aurat mereka.

3)Wanita dilarang bergaul dengan kaum lelaki sehingga melanggar batas-batas pergaulan.”

Bersukan dan beriadah merupakan ´hiasan hidup´. Justeru, berlebih-lebih sehingga mengorbankan perkara-perkara yang menjadi kehendak dan keperluan di dalam hidup apatah lagi jika perkara tersebut merupakan keperluan asasi adalah berlawanan dengan fitrah Islam. Semua perkara yang diharuskan disertakan bersamanya syarat tidak keterlaluan kerana Allah s.w.t. tidak menyukai golongan yang melampau dan berlebih-lebihan.

Aktiviti sukan dan riadah ini tidak seharusnya menjadi faktor penyebab bagi wanita khasnya dan lelaki khususnya lalai daripada memenuhi tuntutan agama dan kewajipan dunia. Individu dan masyarakat Muslim tidak kira lelaki mahupun wanita dituntut supaya mengimbangi di antara kehendak dirinya dan kewajipan yang dituntut agama.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Salam...
sahabat semua...Kampus ana pada hari ini baru selesaikan mengadakan Kejohanan Olahraga Tahunan.
Bersukan sememangnya bagus dan membawa banyak faedah kepada kita.
Namun, kawan2 perasan tak satu fenomena yg tak asing lagi berlaku??
Ya..pandai kawan2, sudah pasti pergaulan yg terlalu terbuka..bebas dan akhirnya terbabas,
Kawan2, ana tidak tujukan pada mana2 pihak tapi diri ana sendiri sudah cukup. Ana sendiri tak mampu menjaga pandangan mata yang meliar, hati yg mengutuk orang itu orang ini padahal lupa hendak memandang diri sendri yg pastinya lebih bnyak keburukan.
Ana mohon maaf pada semua sahabat IPGKKB andai pada hari ini ana terlajak dalam bicara, terlanjur dlm iktilad dan banyak lah...maafkan ana.

Ana sekali lagi mengharap kawan2 sudi memaafkan ana kerana kurang memberikan komitmen...( sedar diri )

Di sini,, ana tahu ana tidak lah layak menegur kawan2 kerna siapalah ana CUMA kawan2 ingatlah mana yang perlu kita lakukan dan mana yg perlu kita elakkan...( harap faham )

 Biar orang kata kita jumud kerna menjaga batas , jangan biarkan diri kita turut leka dalam kelekaan.

Hari ini mungkin kita gembira, dapat kawan baru , dapat pengalaman baru...TAPI esok belum tentu milik kita, adakah hari ini kita sisihkan ALLAH? Adakah hari ini kita lebih mengharap penghargaan dari manusia? adakah hari ini kita berbangga dengan kejayaan diri pinjaman Allah?..
andai benar itulah kita pada hari ini...muhasabahlah sebelum terlambat...MALAIKAT IZRAIL menjenguk kita sahabtku, dia tak pernah lupa melawat kita setiap saat...melihat manusia yg alpa akan detik KEMATIAN....

Buat diriku...lakukanlah apa yg dikatakan...jangan jadi fitnah kepada Islam...nauzubillah...
Ana sekadar memperingati diri sendri...semoga kawan2 mengambil iktibar...salam tarbiah dari hamba yg menghina diri..


No comments:

Post a Comment