Monday 6 February 2012

Kau Hadir...




ANTARA SAHABAT CINTA DAN RABB.!!!!

Diam,
Sunyi, sepi,
Dalam kegelapan ku lihat tiada cahaya,
Menggapai angin malam yg sejuk dingin,
Aku keseorangan,
Menangis menitis airmata beku,
Bagai tiada siapa peduli,
Ku masih berteleku di situ,
Tapi tiada siapa.. kosong.
Diam,
Sunyi, sepi,
Tetap begitu,
Buta mata, buta hati,
Tiada senyuman terukir di bibir,
Tiada ilmu terpahat di dada,
Tiada sayang menerpa di jiwa,
Bagai jasad tiada rohnya,
Begitu aku,
Biar apa di nanti,
Siapaku untuk mentafsir.
Diam,
Sunyi, sepi,
Aku masih kaku,
Dalam diam,
Sayup-sayup namaku,
Dipanggil syahdu,
Hangat mula terasa di jari jemariku,
Lantas ku toleh,
Seluruh dekat ku terasa bernyawa,
Ku rentap sentuhan itu,
Setelah terpampang suatu wajah,
Seorang yang bergelar lelaki.
Diam,
Sunyi, sepi,
Tiada lagi,
Salam dihulur, persahabatan di minta,
Kusambut mesra,
Hariku berseri,
Hidupku bermakna,
Alhamdulillah kupanjat kesyukuran,
Anugerah seorang insan,
Bernama sahabat.
Diam,
Sunyi, sepi,
Tiada lagi,
Berteman sahabat,
Tanpa kusedari cinta terpatri,
Bermunajat ku pada Ilahi,
Apakah semua ini,
Setakat khayalan atau hakiki.
Diam,
Sunyi, sepi,
Menerjah kembali,
Kala aku berteleku kepada-Mu,
Meminta petunjuk,
Kepada suatu keputusan,
Kepastian menjelma,
Untukmu sahabat,
Maaf ku pinta,
Aku belum bersedia,
Pada cinta yg sementara cuma,
Cintaku kini hanya pada ya-Rabbi,
Penciptaku yang Esa,
Yang memberi anugerah,
Mengenal erti Cinta dan Sahabat,
Terima kasih Ya-Rabb.
Antara sahabat, cinta dan Rabb,
kecintaanku kini hanya Pada-Mu
( Dipetik dari Iluvislam)









‎5 Perkara Yang SANGAT BERHARGA Dalam Kehidupan

1. Aku telah memperhatikan semua teman, namun tidak ada teman yang lebih utama daripada MEMELIHARA LISAN

.
2. Aku telah memperhatikan semua pakaian, namun tidak ada pakaian yang lebih utama daripada memelihara SIFAT WARAK.


3. Aku telah lihat semua harta, namun tidak ada harta yang lebih utama daripada SIFAT QANAAH ( bersyukur dengan apa yang Allah ...SWT kurniakan) .


4. Aku telah melihat semua kebaikan, namun aku tidak melihat yang lebih utama daripada IKHLAS DALAM BERAMAL.

5. Aku telah melihat semua makanan, namun aku tidak melihat yang lebih nikmat daripada SABAR.

Berikut ini adalah beberapa perkara untuk direnung-renungkan dan dihayati. Semoga kita dapat memperbaiki dan mempertingkatkan amal soleh kepada Allah Ta’ala. Sesungguhnya mati itu pasti. Bersedialah kita sebelum ajal menjelma



aFIFAH wAHIDA...(^_^)

No comments:

Post a Comment