Friday 23 March 2012


Berwudhuk ketika Haid??


 
AssalamualaikumUstadz bolehkan wanita yang sedang haid berwudhu dengan niat wanita ingin selalu dalam keadaan bersuci walaupun sedang berhadas besar. Juga ketika ingin mandi (junub) bukankah sebelumnya juga berwudhu dahulu? Syukran ustadzWassalamualaikumHamba Allah

Jawapan



Waalaikumussalam Wr WbTerdapat dalil yang menunjukkan bahawa seorang yang sedang junub[bersetubuh] dibolehkan berwuduk saat ingin tidur. 


Dan terdapat teks daripada sebahagian fuqaha bahawa seorang wanita yang sedang haid dibenarkan mandi janabah[hadas besar] dan sesungguhnya mandi tersebut dapat mengangkatnya dari hukum junub[bersetubuh] meski pun tidak mengangkatnya dari hukum haid.Ibnu Qudamah mengatakan bahawa jika seorang mandi janabah[hadas besar] pada masa haidhnya maka mandinya itu dianggap sah. 


Ia menghilangkan hukum junubnya meskipun tidak menghilangkan hukum haidhnya sehingga darahnya berhenti kerana salah satu dari kedua-dua hadath tersebut tidaklah boleh menghalang terangkatnya yang satunya lagi. "(Al Mughni juz II hal 210)Akan tetapi wudhu dan mandinya itu tetap tidak membolehkannya melakukan pelbagai aktiviti ibadah yang dilarang selama dirinya berhadas. 


Dan kami tidak melihat adanya sesuatu yang membolehkan wudhu bagi seorang yang sedang mendapatkan haid kerana dasar ibadah adalah tauqifiy.


Maka tidaklah dibolehkan bagi seorang wanita yang tengah haid berwudhu untuk tidur kerana tidak ada sedikit pun riwayat tentang hal demikian sejauh pengamatan kami terhadap pelbagai rujukan, sedangkan mengaitkannya dengan junub boleh dinafikan oleh dua perkara:


1. Bahawa pelbagai bentuk ibadah ditegakkan diatas penyembahan dan pada dasarnya ia tidaklah boleh diberikan alasan, dan qiyas (analog) tidaklah sempurna kecuali dalam perkara yang boleh diberikan pelbagai alasan maka alasan (sebab) dalam hal ini menjadi sebuah rukun yang teguh.2. Berdasarkan andaian kemungkinan qiyas (analog) dalam hal ini maka sesungguhnya ia adalah qiyas yang disertai adanya perbezaan, iaitu bahawasanya seorang yang junub disyariatkan baginya untuk menghilangkan janabahnya itu disetiap waktu berbeza halnya dengan seorang yang haid maka sesungguhnya tidaklah disyariatkan baginya untuk menghilangkan hadatsnya kecuali setelah berhentidarah haidhnya dan telah kering lokasi keluarnya, ditambah lagi bahawa hadath haidh lebih berat daripada hadats janabah . (Markaz al Fatwa No. 13159)

adakah ianya haram / makruh atau harus itu tergantug pada keadaan.

haram jika ianya ambil untuk solat, haji dan sebagainya. makruh jika saja-saja ambil , kerana wudhuk merupakan satu daripada ibadah. harus untuk menghilangkan hukum bersetubuh[tidak melalui faraj] atau berjunub dengan mandi wajib.



Wallahu A'lam







No comments:

Post a Comment