Friday 23 March 2012

Salah Tue...





"hah" aku melepaskan keluhan lagi.


"Apa dah jadi dengan aku nie..Allah sedang mengujiku dengan apa yg aku katakan pd mereka.."Hati bermonolog sendiri,
Satu keluhan berat dilepaskan sekali lagi.


" Ya ukhti, kenapa?.." Nur bertanya kepadaku, agaknya dia terdengar keluhanku tadi.


' Owh..tak da ape..."Senyuman senget sebelah dah cukup menjadi klu yg aku sedang menipu. Nazubillah...Astgfirullah, maaf yea teman.


" Tipu lah...dah, cuba kongsi"..gedebukk..sebiji kena batang hidung aku..pandai2.


" Hem..ana ada masalah dengan FB..benda ni try ngorat jiwa ana la..ana pun tergoda sampai lagha pada ILAHI.."Aku menyandarkan tubuh pada birai katil. Kayunya sudah pudar warna asal, mungkin kerana faktor usia dan jasanya pada para pendidik selama ini.


"Apa yg dah enti buat?..ana tgok selama nie benda baik je yg enti post kan..apa pulak yg jadi lagha??.."kening Nur sedikit terangkat ala-ala Ziana Zain.


"Huh, ini lah yg susahnya...ana nie tak tahu lah apa yg berlaku pada hati ana saat nie. Makan kenyang tidur pun lena tapi hati macam tak sihat.." Aku mengalih posisi badan, kali nie menghadap juadah yang baru siap terhidang. Koteow Tom Yam..yummy...


" Jadi..??..tak cuba cari jalan kluar?..takkan x nampak lagi kot.." Psikologi betul sahabatku seorang nie, x jadi nak jamah hidangan.


" Nmpak apa?..."Aku tertanya-tanya.


" Enti cover balik dosa lalai tue..buat benda yg boleh mndatangkan manfaat melalui fb..
jaga hati jangan sampai RIAK dan mengharap post kita di 'like'..
kelak hati rosak kerna salah NIAT..
kemudian, bila kita berbual je dgn rakan maya, hadkan jgn sampai melalut,
di situ dah nmpak kelemahan enti yg kurang menjaga iktilad..
fb pun medan maksiat jgk..jgn TERTIPU dgn propaganda IBLIS LAKNATULLAH..!!"

Ya..ceramah ustazah NUr sungguh panjang, x sedar aku lipas ambil bahagian jugak di sebelah. Apa lagi, gelanggang silat cekak, silat gayong & segala silat semula jadi pun ku buka rasmi...Haih...tamat lah sudah cerita ini bila lipas menjadi arwah dengan batang penyapu.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengajaran :
- FB boleh buat kita masuk syurga dan boleh JAMIN kita tempah NERAKA...
-jangan berkasar dgn haiwan/serangga kerana mereka juga makhluk Allah..
-HARGAI teman disampingmu...




No comments:

Post a Comment