Friday 4 May 2012

Desakan Naluri utk MencintaiMU...

Salam..

Dah lama rasanya tak update....

banyak benda yg terjadi...ada manis ada masam ada masin ada pahit..mcm2 ada....

semua itulah PENGALAMAN hidup yg bakal mengajar erti KEMATANGAN...



Mampukah diri ini mengikut jejak langkah UtusAN Agung..???

Rasulullah S.A.W bersabda : "Malaikat Jibril datang kepadaku dan berkata : "Rugilah (kecewa) orang yang bila namamu disebut dia tidak mengucapkan selawat atasmu". Aku mengucap : "Amin". "Rugi orang yang berkesempatan hidup bersama kedua orang tuanya tetapi dia tidak sampai bisa masuk ke Syurga". Aku berkata : "Amin". Jibril berkata lagi : "Rugi orang yang berkesempatan hidup pada bulan Ramadhan, tetapi tidak sampai terampuni dosa-dosanya". Lalu aku mengucapkan : "Amin". [HR. Ahmad]




"Ada tiga hal, yang jika tiga hal itu ada pada seseorang, maka dia akan berasakan manisnya iman. (Iaitu) Allah dan Rasul-Nya lebih dia cintai daripada selain keduanya; mencintai seseorang, dia tidak mencintainya kecuali kerana Allah; benci untuk kembali kepada kekufuran selepas Allah menyelamatkan darinya, seperti bencinya jika dicampakkan ke dalam api." (Muttafaq alaih)

Aku terfikir....mengapa Allah dekatkan mereka dengan aku sedangkan aku ini makhluk penuh dosa, mana mampu memimpin org lain sedangkan diri sendiri masih belum terpimpin..???...

Aku terfikir...cara aku dan cara mereka berbeza..mampukah kami berjalan seiring..???

Mendekati mereka membuat aku berfikir....mengapa Allah memilih aku sedangkan masih ramai insan2 hebat di sekelilingku..???

Mereka perlukan CAHAYA...bolehkah aku..???..sungguh...aku tak layak...

Tak sangka...org slamber mcm aku nie dapat amanah yg berat..berat..berat...aku bkn alim, bkn ulama..bkn apa2..aku cuma aku..yg mencari CAHAYA juga..bagaimana ingin memberi CAHAYA..???..

Saat Allah memberikan aku apa yg aku perlu bukan apa yg aku mahu...aku rasa..ohh, indahnya bercinta dengan Allah...


"Ada tiga hal, yang jika tiga hal itu ada pada seseorang, maka dia akan berasakan manisnya iman. (Iaitu) Allah dan Rasul-Nya lebih dia cintai daripada selain keduanya; mencintai seseorang, dia tidak mencintainya kecuali kerana Allah; benci untuk kembali kepada kekufuran selepas Allah menyelamatkan darinya, seperti bencinya jika dicampakkan ke dalam api." (Muttafaq alaih)







Mengikut Imam Ibnul Qayyim, antara perbuatan untuk memperoleh kecintaan Allah dan kemanisan iman, selepas melakukan ibadat wajib:
  • Membaca al-Quran dengan merenungkan dan memahami maknanya.
  • Mendekatkan diri kepada Allah dengan melakukan amalan sunat.
  • Terus menerus berzikir kepada Allah dalam setiap tindak tanduk kehidupan dengan hati, lisan atau perbuatan.
  • Mendahulukan apa yang dicintai Allah daripada apa yang dicintai diri sendiri.
  • Berkawan dengan orang yang jujur mencintai Allah dan orang soleh
  • Menjauhi segala perkara yang dapat menghalangi pautan hati dengan Allah.

"Aku cemburu pada bulan yang bermesra denganMu pada malam hari, Aku cemburu pada bintang yang berkelip gemilang di kala mentari menyepi, Aku cemburu pada tumbuhan yang bertasbih padaMu di kala mulutku terkunci, Aku cemburu pada kelawar yang berjaga di saat Engkau turun ke bumi, Aku cemburu pada jiwa yang berdoa padaMu di saat aku sedang bermimpi, Kerana itu aku bangun, Melangkah kaki pada Rabbi, Menadah tangan pada Rabbul Izzati, Supaya cinta Mu tidak aku sia-siakan lagi"


wassalam...

1 comment:

  1. ;) ;) ;)
    moga2 kita semua tergolong dlm kalangan org yg soleh2, amin..

    ReplyDelete