Tuesday 17 July 2012

Hatiku kosong



SALAM…

Setiap orang ada kelebihan dan kelemahan masing2…
Namun ada sahaja dalam kalangan kita tidak terkecuali ana sendiri yang kadangkala terlepas pandang kelemahan diri, hanya tahu menilai orang lain…

Pernah dengar kata2 nie?

SEORANG MUKMIN ADALAH CERMIN BAGI MUKMIN LAINNYA. KETIKA IA MELIHAT AIB ORANG LAIN, MAKA IA AKAN MELIHAT AIB-AIBNYA SENDIRI

Maka terdetik di hati bahawa selama ini kita lebih banyak memandang keburukan orang lain tanpa mengambil iktibar untuk diri sendiri…nauzubillah…


Ana ada terbaca ayat2 nie…              

                              
Sesungguhnya orang yang jahat tidak berprasangka kecuali dengan prasangka buruk.

 Apabila engkau melihat seseorang berprasangka buruk kepada orang lain dan mencari-cari kekurangan maka ketahuilah sesungguhnya dia adalah orang yang buruk batinnya. 

Prasangka buruk itu adalah cermin dirinya, sehingga ia melihat orang lain dengan gambaran dirinya


Firman ALLAH SWT bermaksud ; “ janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. “  ( Surah Al Hujurat : 12 )


Oleh itu…mari sama-sama kita muhasabah semula kawan2…agar kita tidak memiliki hati yang BUSUK itu….


P\s : Minggu nie sambutan hari guru dan adik2 baru SEM 1 PPISMP, jadi banyak pengalaman baru yg ana dpt…sedikit perkongsian foto buat tatapan kawan2 semua…



adik2 second intake


Sambutan perasmian hari guru



n
Para pensyarah




No comments:

Post a Comment