Thursday 19 July 2012

Ujian Daei Alam Maya



Salam semua…

Sahabat2..teman..yang mempunyai laluan perjuangan yg sama

Pada kali ini, lebih kepada luahan hati sikit lah…
Ana sedih memikirkan diri sendiri yang masih lemah dalam menjaga iman, ada sahaja ujian dari PENCINTA menguji kecintaanku padaNYA..
Bermula dari :

1.   Susahnya menjaga solat di awal waktu

2.   Susahnya memastikan Al-Quran dapat ditadabbur setiap hari


3.   Susahnya menjaga iktilad dalam perjalanan sbg daei ini, ada sahaja yang ingin mengambil kesempatan..

4.   Susahnya menjaga ketegasan dalam diri

5.   Susahnya menjadikan diri sendiri SENANG dengan ujian, menerima dgn hati terbuka serta memperbaiki semula diri yang terlajak…

Senang ke? Andai ada yang mengatakan ia senang, silalah kongsi dengan ana….ingin sekali ana berkongsi dengan sahabat2…

Tindakan ana dalam memastikan maruah diri tidak dimainkan ialah …

1.   Remove je 'orang2 gatai' dalam sosial maya nie

2.   Memperbanyakkan ingatan dan tazkirah buat diri sendiri.

3.   Menjauhi manusia yang merosakkan dan mendekati insan yang mempunyai arah tuju yang sama

4.   Fokus pada misi daei biarpun dengan sekecil2 sumbangan

5.   Hablumminalllah, hablumminannas….

Demikianlah perjalanan dakwah yang tak pernah lekang dengan ujian..

Kita memberi kebaikan, jangan mengharap turut dibalas kebaikan…

Kelak hati terluka sendiri…haraplah ILAHI memelihara hati kita..

dunia akhirat, menjadi mukminin dan mukminat yang berjaya dalam misi

perjuangan duniawi ini, di akhirat kelak moga Allah meletakkan kita di

saf hadapan bersama para Aulia', Syuhada dan org2 yg

beriman…amin..amin..amin ya robbal alamin…






No comments:

Post a Comment