Thursday 19 July 2012

Kerinduan padanya...


Ketika Rasulullah صلى الله عليه وسلم sedang melewati sebuah kebun, Baginda melihat ada seekor unta berlari-lari ke arah Baginda seolah-olah tidak sabar untuk mendekati Baginda  Rasulullah صلى الله عليه وسلم.

Lantas, si unta itu mencium Rasulullah dan bercucuran air matanya. Lalu Rasulullah صلى الله عليه وسلم mendekati unta itu kemudian bertanya, siapakah pemilik kepada unta tersebut dan menyatakan bahawa unta itu mengadu didera oleh pemiliknya.

Dan Rasulullah صلى الله عليه وسلم mengatakan, tidak takutkah kamu akan Allah?

Lalu, menangislah si pemilik unta itu saat mendengarkan ucapannya Rasulullah yang mulia kerana memperlakukan untanya sebegitu.

Kemudian, pemilik unta itu membebaskan unta itu dengan asbab rahmatnya Sayyiduna Rasulullah صلى الله عليه وسلم



Daripada Said Bin Qudri:
Ketika Sayyidatuna Aisyah RA sedang menyulam baju, lampu tiba-tiba mati dan jarum yang digunakannya terjatuh. Rasululullah صلى الله عليه وسلم lantas masuk ke dalam rumah, lalu mendesak bercahaya rumah tersebut. Sayyidatuna Aisyah RA dapat melihat jarum yang terjatuh tersebut. Beliau berkata kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم; Alangkah bercahaya wajahmu ya Rasulullah. Lalu Rasulullah صلى الله عليه وسلم berkata; Celakalah mereka yang tidak dapat melihat wajahku di akhirat kelak. Ditanya Sayyidatuna Aisyah RA kepada Sayyiduna Rasulullah صلى الله عليه وسلم tentang siapakah mereka yang dimaksudkan oleh Rasulullah itu. Maka jawab Rasulullah ; Mereka yang apabila disebutkan namaKu tidak mahu berselawat kepadaKu.

No comments:

Post a Comment