Friday, 20 July 2012

Rindu KAmpungku..


"Umie..lambat lagi ke nak azan nie…lapaq la.."rungutan ana sejak pukul 12tengahari lg.

"Sabaq sat…dah pukul 6.00 ptg dah..1jam lagi..sabaq na.."umie berbicara lembut sambil mengusap ubun-ubunku.

"Allahu akbar…Allahu akbar…he3.."ana pulak yang mengalun azan sendiri, sengaja nak usik umie.

Dialog tue time ana darjah satu, baru start nak posa penuh…memang semangat lah sebab ayah cakap sehari puasa dapat RM1…law sebulan?RM30…

Tue kira banyak la sebabnya masih zaman p.Ramlee lagi…

Hem..rindu rasanya pada kampung halaman kat Kedah nu…sekarang dok negeri orang lain sikit suasananya.

Makin melangkah ke alam yang penuh cabaran, memerlukan pengorbanan lahiriah dan rohaniah.

Semalam 'call' family kat kampung, habis berterabur bahasa…ana kat sini kena ckap standard lah tpi bila ngan orang kampung sndiri, cakap senduk2 je…

"Salam..maaf le..xdapat balik bulan pose nie, terawih elok2 ye.."bahasa pertama.

"Amboi..ada 'eee' la akak..haha"family

"eh…silap2..poso ni bg penuh no…tok se tinggal.."tudiaa..bahasa kedua.

"Amboi…kelate mari.."family..

"Ok la..posa nie jgn lupa kt ceq…ingat sama noh, baju raya biaq sama semua…nie tiket bas habeh dah, balik Melaka dulu pahtue baru balik Kedah." Asli..(^_^)

Kecelaruan jadinya…

Apa pun..ana sangat menghargai berada di sini (Kelantan).

Kawan2 yang soleh dan solehah…

Para pensyarah yang dah mcm mak ayah sendiri…

Mak cik dan Pak cik Guard yang boleh melawak sekali…

ALHAMDULILLAH..

Moga Ramadhan kali ini lebih baik daripada yang sebelum nie..

Ya ALLAH,
Jadikanlah kehadiranku di dunia ini dapat menyenangkan hati ibu bapaku serta memberi manfaat buat seluruh umat Muhammad.. Tiupkanlah roh-roh jihad ke dalam diriku agar dapat kau jadikan aku srikandi dalam perjuangan menegakkan agamaMU...
Perkenankanlah doa hambaMU,ini ya ALLAH~

"man qaama ramadhaana iimaanan wahtisaaban ghufiralahu ma taqaddama min dzanbika wa mayata'akkhar" (riwayat Muslim)

maksud hadith mengatakan, barangsiapa yang menghidupkan ramadhan dengan penuh keimanan dan berhati-hati dengannya, diampunkan dosa yang terdahulu dan terkemudian. (Riwayat Muslim)



4 comments: