Saturday, 21 July 2012

PUasa oh Puasa


Pendapat yang dipilih dlm semua pendapat adalah dari Dr.Yusuf al-Qardawi disebabkan beliau adalah ulama' semasa.:

Rongga Badan yang dimasukkan adalah perut  Kesannya, puasa hanya terbatal apabila sesuatu masuk hingga sampai tempat tersebut. 



Jadi jika semata-mata sesuatu melepasi halkum, memasuki dubur atau seumpamanya, ia tidak membatalkan puasa. (Fiqh Nawazil Al-Siyam)

Hujah:

Sebenarnya tiada dalil yang jelas dalam penetapan had rongga badan nie.
Hal ini kerana apa2 sahaja mknan atau mnuman yang diambil, semua itu akan masuk ke perut, tidak ke tempat lain.


Bermula dari situ, badan manusia akan mendapat tenaga setelah diproses.
Di sini jelaslah sebab syarak menetapkan hukum terbatal puasa dengan makan atau minum iaitu menyebabkan penambahan tenaga badan.

Maka, semata2 memasukkan sesuatu ke dalam mulut, menitikkan ubat ke mata, korek hidung atau telinga tidaklah batal posa.


2.RAWATAN MASUKKAN AIR ATAU GLUKOSA:

BATAL posa…
Ulama mengkaji kewajaran  hukum syariat (ta'lil al-ahkam) di sebalik larangan makan dan minum bg orang berpuasa merumuskan bhw ia bertujuan untuk menghalang sebarang zat makanan atau mnuman yg akan mberi tenaga baru pd tubuh.


Ustaz Muhammad Luqman Makhtar: 
Sarjana Muda Ilmu Wahyu ( Fiqh dan Usul Fiqh)
Boleh rujuk buku Al-Ustaz edisi Ramadhan isu 04, 
terbitan Telaga Biru, m\s 34-38.



2 comments: