Saturday, 21 July 2012

Penyakit Asma dan Puasa



PENYAKIT ASMA


Sememangnya terdapat perbezaan ijtihad ulama semasa dalam masalah ini.
Namun berpegang kepada asas yang dijelaskan dalam pos sebelum nie, maka puasa tidak batal.

Pendapat ini boleh diguna pakai.

 PENJELASAN:

Ulama semasa yang berpendapat penggunaan inhaler membatalkan puasa mempunyai hujah tersendiri.
Bagaimanapun tidak kurang juga ulama yang berpendapat ia tidak membatalkan puasa.

Hujah :

1.   Perbuatan itu tidak mempunyai unsur makan atau minum seperti mana yang dilarang syarak iaitu ia tidak membekalkan sebarang zat tenaga baru pada badan.

2.   Kias kpd hukum berkumur-kumur dan bersugi. Para ulama sepakat bahawa orang yang berpuasa boleh berkumur2. Walhal ada kuantiti kecil air tetap melepasi kerongkong.

Mereka juga sepakat bhw orang berpuasa jg boleh bersugi (dulu2 guna kayu sugi). Walhal ada kuantiti unsurnya kekal dlm mulut dan masuk rongga bersama air liur yg ditelan. JADI, menggunakan inhaler TIDAK MEMBATALkan puasa biarpun ia mengandungi kuantiti kecil air dan sejumlah bahan kimia lain.

3.   Sementelah ada kajian mengesahkan bhw kndungan inhalet (terdiri drp air dan bhan kimia tertentu) yg disedut akan diserap habis pd bahagian dan laluan sisitem pernafasan (setakat dada) shj.

Bagaimanapun,ada sbhgian pgkaji kata ia sampai ke perut.

Jadi, persoalan sampai atau tidak serbuk inhaler  ke perut atau kekal sbg perkara yg xpasti dan diragui.

Dan perkara yg xpasti atau diragui (syak) tidak memberi kesan kpd perkara yg wujud scra yakin (pasti).

Justeru, puasa tidak boleh dihukum batal atas sebab menyedut inhaler. (Mufattirat al-Sawm al-Mu'asirah,hlm 17)

    

1 comment: