Thursday, 12 July 2012

Satu Destinasi



Sahabat..tak terasa masa yang berlalu
Kita kini ibarat satu bangunan yang teguh,
Saling menguat apabila hampir rebah,
Saling memberi apabila ada yang kesempitan….

Sahabat,
Susah senang kita bersama,
Menegakkan panji kemenangan dalam ikatan hati,
Biarpun taufan dugaan hampir mengugat kasih kita,
Namun ada iman yang akan mengukuhkan tapak kita di medan ini…

Sahabat
Hilang dirimu ibarat runtuhnya satu tiang dalam perjuangan ini,
Bila-bila masa akan roboh…

Sahabat…
Detik perpisahan kian menghampiri
Perjalanan bakal bertukar laluan,
Dari manusia yang bernyawa ,menjadi jasad yang kosong…

Kita…masih leka…
Sedangkan Izrail selalu menziarahi…

Kita…masih lena…
Sedangkan kubur memanggil-manggil….

Kita…bukan tidak merancang untuk bekalan di alam sana,
Tapi kita selalu terlupa akan detik itu lalu dibuai indah dunia…

Sahabat…ana mohon kita sama-sama bergandingan
Di jalan berliku ini…

Bila kita dah sampai ke penamat kehidupan…
Pastikan kita menjadi juara dalam kembara seorang hamba…
Biar sakit dahulu, senang kemudian…
Nasihati lah diriku juga andai ada salah dan kurang…
Uhibbukum daiman…(^_^)


No comments:

Post a Comment