Thursday 12 July 2012

Kau dan Aku


Salam sahabat sekalian..terima kasih kerana sudi berkunjung ke halaman ini….

Sedikit sahaja perkongsian pada entri ana pada hari ini…
Tentang niat dan tujuan kita bergerak dalam kerja-kerja dakwah…

Kita menjalankan amanah amar makruf nahi mungkar saban ketika, molek dah tue…

Tapi yang jadi tak moleknya bila dalam masa yang sama, kita menilai dan menghakimi orang lain dengan kesalahannya…

Kita pun bukanlah manusia yang sempurna, dia juga adalah manusia yang alpa seperti kita, setiap manusia ada kesilapannya yang tersendiri..

Mungkin pada hari ini kita rasa iman kita lebih kuat berbanding dia tapi waspada lah, mana tahu satu hari nanti Allah menguji kita dengan ujian yang sama…

Saat itu kita akan merasai betapa susahnya menjaga hati…

Sahabat…iman kita yazid wa yanqus….

Ada masa kita tenang dan ada masa kita gelisah…

Sahabat2 tahu, ana dahulu ditegur dengan iktilad yang agak longgar, namun pada hari ini semua dah jadi terbalik…

Ana tidak merasa senang apabila sahabat yang menegur ana melakukan perkara yang pernah ditegahnya…

Namun, hati ana gundah …

Seperti mana dia pernah menegur ana satu masa dahulu, ana juga akan melakukan perkara yang sama..

Kata seorang penulis muda, andai kita ke syurga, kita ingin sahabat kita bersama…andai salah seorang tergelincir ke Jahannam maka sahabatnya akan menariknya bersama ke syurga…


Indah..sangat indah…
Jom, sama2 muhasabah…doakan ana juga ya teman-teman…




No comments:

Post a Comment