Wednesday 11 July 2012

Tangisan hati hawa



Mengapa payah sekali aku rasa
Saat langkahku longlai
Ketika menapak di bumi ilahi
Dalam menjaga amanah terhadap diri sendiri dan orang lain…

Aku bingung seketika
Fikiranku melayang entah ke mana
Mengapa hatiku seolah membeku?
Dunia kian meraja di jiwa…

Wahai Penciptaku,
Rabb yg Maha Mengasihi…

Saat ini,
Aku jauh dariMu…
Bawalah aku ke dalam dakapan cintaMu,
Aku merindui ketenangan hati
Yang menyatukan KAU dan aku…

Duhai Kekasih hatiku
yang sentiasa melayani diriku dengan baik,
yang sentiasa memeluk hatiku saat duka ku
Lindungilah daku seperti bayi yang dilindungi ibunya…

Duhai Penguasa Alam…
Kadangkala aku tidak kuat dalam menegakkan syiarMU
Namun KAU padamkan api keresahan dalam jiwaku
KAU meniupkan kekuatan iman menyelimuti hatiku…

Aku, insan yang bergelar hawa…
Tidak lari daripada menjadi fitnah bagi kaum adam
Juga menjadi fitnah buat diriku sendiri
Ake lemas..aku lemah…aku kepenatan…

Duhai Pendengar yang setia,
Saat jari-jari ini menari menulis bait-bait pengaduan padaMU
Aku yakin diriku dalam pemantauanMu..
Maka, aku adukan segala rasa ini padaMU..

Aku,
Tidak lah kuat ketika menerima kata-kata hinaan,
Tidaklah sabar ketika diri dihenyak tanpa sebab munasabah,
Tidaklah mampu menahan air mata saat diri disakiti hebat..

Aku insan hawa yang mudah menangis,
Aku menangis pada kali ini,
Saat diriku merasai gersangnya cinta padaMU…

Duhai Allah…Pujaanku siang dan malam…
Sambutlah taubatku, ampuni dosa dan kelalaianku…

Kini, aku bangun kembali..
membina semangat yang hilang
kerana daku menyedari daku punya misi yang masih belum tercapai.

Aku..seorang MURABBI CINTA...
akan berusaha semampuku menceriakan taman Islam
dengan sunnah Nabiku
dengan perintah Rabbku...

Aku...MUallimah...
insyaAllah, akan membantu anak-anak didikku..
dalam membina ketamadunan ISLAM dalam jiwa mereka...
insyaAllah..amin ya Rabbal alamin...



No comments:

Post a Comment