Thursday 12 July 2012

Istikharah Cinta





Assalamualaikum…
Edisi khas kali ke2 untuk sahabat2 5 Agama 2010…(^_^)…

Apa khabar kawan2 semua?amboih..lama menyepi semua orang,mana pergi?...:-)

Ana hanya dapat ikuti perkembangan sahabat2 semua melalui
 'muka buku ' sahaja, maaf la sebab ana pun lama menyepi…J

Khabar2 rindu sering sahaja di'post' dlm muka buku…

Sahabat…ana merindui moment indah kita dahulu, walaupun bukan semua yang tinggal di hostel tapi keakraban tetap terjalin kuat antara kita kerana kita telah disatukan di bawah bumbung yang sama , matlamat yang sama serta misi hidup yang hampir serupa…

Sahabat…suasana telah mencorak kita…makin kita mengembara makin banyak yang kita tahu…

Namun sahabat…pesanan ana untuk diri ana dan kalian agar kita berwaspada dengan tipu daya duniawi ini, bukannya tidak boleh berseronok, gelak ketawa, gurau senda tapi Allah telah menggariskan semua itu bersesuaian dengan fitrah kita, jadi jangan lah kita alpa dengan meremehkan iktilad…

Sahabat..ana akui kita telah mencecah alam dewasa, kita bukan lagi pelajar sekolah yang memakai pakaian seragam biru putih..kita kini mahasiswa dan mahasisiwi…

Dan ana akui cinta itu bisa hadir…kita mencari pendamping hidup yang setia..yang bersesuaian dengan impian kita sejak bangku sekolah lagi.
Namun, sahabat..jangan sampai kita hanyut dengan mainan cinta.

Allah telah mengajar kita untuk bersabar dan menyerahkan urusan jodoh pertemuan ini pada NYA…

Ana juga mengakui panahan-panahan cinta itu sering sahaja hadir, kadang-kadang ia menyesakkan nafas…mendatangkan angan-angan kosong…melaghakan hati dalam ibadah pada ilahi…

Itu lah cinta yang sering dilarang dan terlarang…

Jadi, sama-sama kita saling berpesan agar kita tidak terlalu berimaginasi dalam mencari si dia…dia pasti ada untuk kita, istikharah lah…J


"Mereka itu semuanya akan dibalas dengan mendapat tempat yang tinggi di Syurga disebabkan kesabaran mereka, dan mereka pula akan menerima penghormatan dan ucapan selamat di dalamnya"
(Surah al-Furqan, ayat 75)

Duhai ilmu,
Ke marilah mendekat kepadaku...
Moga cinta-Nya bisa aku kecapi...
Dan saat tiba masa yang sesuai...
Duhai cinta, datanglah menemani!


p\s : tolong ingatkan ana juga yea…J






1 comment: