Saturday 14 July 2012

UNIMO SK Kutan...1 hari Tarbiah




Hati yang jauh…

Duhai adinda tercinta
Ini kisah kita
Seharian bersama menyulam tarbiah
Dalam mendidik iman dan taqwa…

Duhai adinda tersayang
Sehari bukan lah satu waktu yang panjang
Namun ia cukup untuk membenih rindu antara kita
Rindu yang terjalin kerana telah tertaut dua hati….

Duhai adinda yang tulus
Sejernih dan sedamai wajahmu
Kau generasi dunia baru yang perlu dididik
Agar tidak kabur dalam memilih haluan hidupmu….

Duhai adinda yang manis
Biarpun dirimu lebih banyak menutur jenaka
Tanpa memandang serius bicaraku
Namun ku yakin kau akan memahaminya suatu hari nanti…
Bicara tarbiah buatmu adinda tersayang…

Duhai adinda yang dikasihi
Maafkan lah diriku andai ada kekurangan
Sahari bersama belum  cukup untuk aku mengenalimu
Tapi dikau adalah yang terbaik buatku…

Duhai adinda..
Madahku masih panjang
Biarlah ia ku tutur dalam doaku
Moga Allah memelihara kalian
Kekal ukhwah kita hingga ke syurga..(^_^)


1 comment: