Friday, 13 July 2012

Jom kita berukhwah...




TEMANKU
Setelah 1 tahun 1\2 kita bersama
Aku merasai seolah 1000 tahun
Bersama mu tidak pernah membuatkan daku jemu
Mengalir tarbiah dalam setiap ucapanmu…

TEMANKU
Aku jadi tertawan pada akhlak mu
Kau umpama bidadari jannatul firdaus
Yang berjaya membangkitkan rasa cintaku kepada Sang Khaliq…

TEMANKU
Kita berukhwah dengan seikhlas hati
Kita punya latar belakang yang berbeza
Namun iman telah menyatukan kita dalam persamaan hati yang mencari ilahi…

TEMANKU
Kekadang aku lalai
Langkahku mudah tersadung
Namun kau dengan hati yang suci
Memberikanku udara kesabaran, menjadi aku tersenyum dalam kesedihan…

TEMANKU
Sukar mengungkap rasa ini
Saat aku meluahkan ia melalui dunia blogger
Aku merasakan ia masih belum mencukupi
Tidak puas ku mencoret tentang dirimu di sini….

TEMANKU
Andai ada antara kita yang bertemu dengan ilahi terlebih dahulu
Sebutlah namaku agar DIA mempertemukan kita semula
Seperti janjiNYA bahawa sesiapa yang berkasih sayang kerana DIA
Maka syurga adalah ganjaran….

TEMANKU
Aku mengagumi Utusan Akhir Zaman
Yang  mengangkat darjat kaum hawa saat kita dihenyak sesuka hati…
Insan mulia itu telah mengajar kita erti ukhwah
Utusan mulia itu menunjukkan teladan yang terbaik
Bersama para sahabatnya…Umar.Uthman, Abu Bakar dan Ali
Serta kita umatnya….
Ayuh…banyakkan selawat….


إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bersalawat (memuji dan berdoa) ke atas Nabi (Muhammad s.a.w). Wahai orang-orang yang beriman bersalawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan.
[Al-Ahzab: 56]

Dari hadith: [An-Nasa'iy/ 1292, sahih]
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali muhammad
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.


2 comments: