TEMANKU
Setelah 1
tahun 1\2 kita bersama
Aku merasai
seolah 1000 tahun
Bersama mu
tidak pernah membuatkan daku jemu
Mengalir tarbiah
dalam setiap ucapanmu…
TEMANKU
Aku jadi
tertawan pada akhlak mu
Kau umpama
bidadari jannatul firdaus
Yang berjaya
membangkitkan rasa cintaku kepada Sang Khaliq…
TEMANKU
Kita berukhwah
dengan seikhlas hati
Kita punya
latar belakang yang berbeza
Namun iman
telah menyatukan kita dalam persamaan hati yang mencari ilahi…
TEMANKU
Kekadang aku
lalai
Langkahku mudah
tersadung
Namun kau
dengan hati yang suci
Memberikanku
udara kesabaran, menjadi aku tersenyum dalam kesedihan…
TEMANKU
Sukar
mengungkap rasa ini
Saat aku
meluahkan ia melalui dunia blogger
Aku merasakan
ia masih belum mencukupi
Tidak puas
ku mencoret tentang dirimu di sini….
TEMANKU
Andai ada
antara kita yang bertemu dengan ilahi terlebih dahulu
Sebutlah namaku
agar DIA mempertemukan kita semula
Seperti janjiNYA
bahawa sesiapa yang berkasih sayang kerana DIA
Maka syurga
adalah ganjaran….
TEMANKU
Aku mengagumi
Utusan Akhir Zaman
Yang mengangkat darjat kaum hawa saat kita dihenyak
sesuka hati…
Insan mulia
itu telah mengajar kita erti ukhwah
Utusan
mulia itu menunjukkan teladan yang terbaik
Bersama para
sahabatnya…Umar.Uthman, Abu Bakar dan Ali
Serta kita
umatnya….
Ayuh…banyakkan
selawat….
إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ
عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا
تَسْلِيمًا
Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bersalawat (memuji dan
berdoa) ke atas Nabi (Muhammad s.a.w). Wahai orang-orang yang beriman
bersalawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan.
[Al-Ahzab: 56]
Dari hadith: [An-Nasa'iy/ 1292, sahih]
اللَّهُمَّ
صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Allahumma
salli `ala muhammadin wa`ala ali muhammad
Ya Tuhan kami,
selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
hehe.syukran ukhti^^
ReplyDeleteinsyaAllah>:)
lagu sedap ;) ;) :)
ReplyDelete