Wednesday, 5 September 2012

Bila Aku MATI






MUHASABAH DIRI, HAKIKAT KEMATIAN


Hari ini anda mampu mandi sendiri
tetapi suatu hari nanti orang lain yang akan memandikan anda

Hari ini anda mampu memakai pakaian sendiri
tetapi suatu hari nanti orang lain akan memakainya untuk anda

Hari ini anda mempunyai ramai saudara dan teman tetapi suatu hari nanti anda keseorangan di dalam kubur

Hari ini anda bebas bergerak ke mana saja anda suka tetapi suatu hari nanti anda akan tinggal di dalam liang lahad yang sempit

Hari ini anda diterangi oleh lampu yang terang
tetapi suatu hari nanti anda akan tinggal di dalam kubur yang gelap gelita

Oleh itu insaflah dan sayangilah diri
ANDA!!!


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~







salam..

Pada hari nie, seorang sahabat ana telah mengongsikan sedikit penringatan..ana terkesan..!!
Kata beliau.."Ummu tahu, hari nie Solehah jatuh tangga, sakit sangat bontot nie.."katanya sambil tersengih.

"Solehah jatuh tangga mana?.."aku tertanya-tanya.

" Tangga depan bilik Ummu lah, tak dengar ka?.." dia membuat wajah kesal sambil bertanyakan kepadaku kembali.

"La...memang la tak dengar sebab pakai headphone...ala...sikit je, sakit tak?..^_^."

"Walaupun tak sakit sangat tapi Solehah dapat rasa terbangnya nikmat kesihatan yang sebelum nie Solehah ada...tadi boleh jalan elok, sekarang macam penguin je rasa.."

"Owh...lagi?..Solehah nak bagi tazkirah yea?ok2..silakan, kongsi lah, sama2 kita ambil iktibar." aku menambah dengan nada penuh minat.

"Ummu, cuba Ummu bayangkan sekarang Ummu masih boleh bersembang dengan ana, tapi tetiba kan esok ana meninggal...sekejap je masa untuk hidup nie, sekejap juga masa untuk sakaratul maut..!.."Solehah mula bermain bahasa.

"Erm...betul3...Ummu terasa juga,kalau lah hari nie kita buat jahat,tetiba mati tak sempat nak insaf...apa jadi?..sebelum ni mungkin kita buat amal soleh banyak tapi bila detik kematian tue sampai dapatkah kita kekalkan kebaikan kita?..mati baik atau mati jahat?.."aku mengangguk sambil berkomentar.






"Solehah rasa yang masa terlalu singkat untuk hidup, dunia nie kita kejar dalam tak sedar...kesannya, kita takut untuk MATI..detik bertemu ALLAH.."

"EEee..seram aih Solehah oii...mati, alam barzakh, tunggu sampai kiamat...huhu...banyak kan kita main2 dalam hidup nie..cer tengok dalam FB nuh, berapa ramai post benda2 baik?secotet je...post keduniaan?belambak..."

"Yea Ummu...walaupun post benda baik, niat jgn salah lah kan..mcm2 mnusia sekarang nie.."Tambah beliau.

"YUP..!!..jom..sama2 muhasabah.."





 Ali Imran:

102. Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam.

145. Sesuatu yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya. Barangsiapa menghendaki pahala dunia, niscaya Kami berikan kepadanya pahala dunia itu, dan barangsiapa menghendaki pahala akhirat, Kami berikan (pula) kepadanya pahala akhirat. Dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.









No comments:

Post a Comment