Tuesday 27 November 2012

Di mana Permata Kesyukuran?


Salam...

Terdetik di hati ingin mencoret sedikit tentang pahlawan-pahlawan yang telah berjasa dalam hidupku. Mereka murabbi ku, takkan ku lupa jasa dan erti kehidupan yang telah mereka hadiahkan kepadaku. Habluminannas….

Tersentuh nurani tatkala membaca post seorang akhowat tentang nikmat yang TERLALU banyak Allah berikan. Sejauh mana kesyukuran kita?...

Allah telah berfirman di dalam surah Ar-Rahman sebanyak 31 kali,
"Nikmat Tuhanmu yang manakah yang engkau dustakan?"..

Benar, kita ini pelupa sifatnya. Sudah dapat yang itu, mahu pula yang ini..kemudian masih belum rasa puas, minta yang lain pula. Namun, bersyukurkah kita setiap kali nikmat itu berjaya kita genggam?

Wahai sahabatku,

Lihatlah nikmat yang paling hampir dengan kita, ia di depan mata kita. Merekalah USRAH yang Allah hadiahkan, pernahkan kalian syukuri?...jangan mengeluh andai keluarga kita tidak seperti keluarga yang kita mahu. Andai kita mahu kan sesuatu yang terbaik, kita mulakan dahulu.

Andai mahu ibu bapa penyayang, mulakan dengan menjadi anak penyayang. Anak soleh penyejuk hati ibu dan ayah.

 Namun, andai tidak berjaya mungkin Allah ingin memberikan kita sesuatu yang lebih baik untuk diri kita. Fenomena sekarang memang begitu, jangan sedih dan jangan khuatir kerana ALLAH tidak zalim. DIA ingin melihat sejauh mana usaha kita. Orang yang hebat memang layak diuji. Syurga menanti. InsyaAllah.

Andai mahu adik-adik yang memahami, jadilah seorang kakak/abang yang memahami.

Namun, kadangkala bukan mudah kan. Berdepan dengan adik yang "laju lidah" memang kena banyak sabar. Walaupun kesabaran teruji juga tapi take time. InsyaAllah, anggap lah mereka sedang meniti musim 'summer'. Darah muda darah panas kan...Orang yang berusaha dan bersabar dan dalam masa yg sama terus membaiki dirinya pasti akn dibantu Allah..ana yakin.

Andai mahu kan sesuatu, mulakan lah dengan diri sendiri dahulu.

Perubahan tak semudah membalikkan  tapak tangan.

Perubahan = Pengorbanan = Kekuatan = Kemenangan

Kawan-kawan ingat sirah Utusan Agung SAW?...Peristiwa yang mana Nabi saw telah memulakan dahulu perbuatan mencukur rambut dan memakai ihram seperti yang Allah perintahkan, barulah para Sahabat mengikut perbuatan Baginda itu?..Ini atas nasihat isterinya Saudah R.A setelah Baginda hampir berputus asa apabila para Sahabat pada mulanya memprotes arahan Baginda saw.

Hebat bukan?..nasihat melalui teladan.

Jadi…pandang atas,pandang bawah..ayuh kita ubah diri sendiri dahulu dan dalam masa yang sama persekitaran kita turut akan berubah..insyaAllah.




No comments:

Post a Comment