Wednesday 28 November 2012

Vanilla Coklat




Tersenyum sempoi ana tatkala ditembak dengan soalan beracun dari Mak Teh, lucu pun ada. Rasa tergeletek  hati ini.

" Kak Long, memang tak minat kat lelaki ka?jangan lagu tue, nanti nak kahwin macam mana.!" Dahinya kelihatan berkerut.

"La…sapa cakap lagu tu?..hehehe..Ni original la, bukan tiruan..takkan la tak minat kot…apa la Mak Teh nie…relaks la.^^."

"habis tue, gaya macam tak da taste ja." Soalan bertubi-tubi dari mulutnya.

"Gaya ja…^,^…dalam hati ada taman bunga,taman burung,taman permainan.., Mak Teh tak nampak.."ana mengusiknya yang ke'confius'an.

"Taman kering kontang kot. Seribu datang semua tolak. Apa cite?."Bibirnya dijuihkan kepadaku.

"Bukan tolak la…simpan dulu.^,^.."Terus aku menyimpang siurkan persoalannya.

"Ayoo..budak nie,Mak Teh seriuuus ni. Cuba Kak Long fikir, ingat senang nak dapat jodoh zaman la ni? Lelaki pupus, kena berebut. Cop-cop dulu, nanti dah sampai masa go on la."

Amboi,bukan main speaking si ibu ini…aku tersenyum. Beliaulah antara ahli keluarga yang paling 'ngam' ngan diriku. Seorang yang open minded dan pemotivasi yang hebat aku kira.

" Ohh..main cap-cap pun ada yea Mak Teh?...hehehe…macam2 ada…Macam nie lah, Kak Long bukan apa, cinta tu satu ayat yang luas maknanya. Orang tafsir pelbagai bab ni. Kak Long pun pernah feel in luv dan sebab layan punya pasallah Kak Long jadi manusia yang hanya mengejar cinta fana.

Malamnya tidur bermimpikan dia, makan berulamkan dia, belajar bertipskan dia..semua dia. Sampai Kak Long rasa hati ini dah MATI. Mati dari kasih ILAHI.

Sampai satu masa Kak Long rasa macam MAYAT HIDUP. Lemas Kak Long.

Alhamdulillah, time nazak sangat tue. Allah hadirkan PERTOLONGAN. DIA selamatkan jiwa ini dari terus lalai di jalan mati tue. Alhamdulillah.

Jadi, bagi Kak Long sekarang masa untuk MEMBENTUK, membentuk diri mengikut acuan Al-Quran.

Masa ini adalah masa untuk MENGISI, mengisi jiwa dengan ilmu dan tarbiah.

Masa ini adalah masa untuk BERPUASA, berpuasa nafsu dari keinginan untuk dikasihi dan mengasihi dengan insan adam.

Masa untuk MEMBINA,membina watak Kadijah R.A isteri teladan, membina watak Fatimah Az-Zahra yang solehah…walaupun tidaklah mampu sesempurna mereka.

Itulah…kadang-kadang macam nak buka puasa tapi selera itu hilang bila ingat "Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat".

Pesanan Ilahi itu cukup merisaukan kerana diri ini pun jahat juga sikit-sikit. Sedang berusaha membuang perangai busuk dalam diri lah sekarang,insyaAllah.

Mak Teh, Kak Long menginginkan cinta high class.

Biar sekarng bersusah-susah dahulu.

Susah dalam menjaga hati, susah dalam menjaga jiwa dari terjatuh cinta, susah menahan pandangan, susah itu susah ini. Doakan semoga Allah memberikan nikmat kemanisan kepada si dia yang halal suatu masa nanti buat diri anak saudaramu ini. Yang naif pastinya."tertunduk lesu diriku di hadapannya, bicara ini bukanlah omongan kosong 
dariku. Ia terselit 1001 penyesalan masa lalu, dan sejuta harapan untuk masa depan.

"Sorry Kak Long, Mak Teh terlalu risau soal 'tak laku' sampaikan terlupa Allah dan aturkan yang terbaik buat hambaNYA." Ubun-ubunku menjadi tempat jatuhnya ciuman kasihnya. Tenang…

"Mak Teh, Kak Long yakin pada Allah. Sebagaimana DIA mengabulkan doa Zulaikha dalam mencari cinta Yusof, mengabulkan hajat Khadijah dalam memilih Muhammad maka mengapa tidak sejarah itu terus diulangi?..Walaupun Kak Long bukan lah insan2 agung itu,tapi doa sentiasa mekar kepada Ilahi moga dikurniakan suami soleh,keluarga sakinah, aulad soleh solehah. Amin. Allah itu sifatnya Mendengar dan Memakbulkan. Betul kan?.."pandanganku halakan kewajah manisnya.

"Betul sayang…Tak syak lagi. Dah, buat drama pula kat sini. Terima kasih sayang". Sempat lagi dia berjenaka. Pipiku dicubit manja. Berakhir sudah hiwar ilmiah kami.


MORAL : Kisah ini tiada kaitan dengan sesiapa. Ia hanya coretan tarbiah untuk putera puteri agama.:-)









No comments:

Post a Comment