Kegagalan itu Satu Turning
Point:
"Rabbi Yasir wa la
tuassir…"air mata yang membasahi pipi Aufa disapunya lembut. Telekung mini
yang ibu hadiahkan menjadi teman setia tatkala tiba waktu bersujud pada ilahi.
"Ya Allah,saat KAU
datangkan ujian ini, hatiku lebur dalam dukacita. Aku tak mampu menahan
airmataku dari mengalir di hadapanMU walaupun sedaya upaya aku memperteguhkan
bentengnya di hadapan makhlukMU."Ratapannya terus bertasbih.
" ya Allah, aku
mengakui kelemahanku sebagai manusia. Yang pernah lalai dan terleka. Maka aku
terima ujianMu ini sebagai satu paradigma untuk aku ubah kehidupan dan gaya
belajarku. Untuk aku mendekatiMu setelah aku menjauhiMu. Aku menyesal dengan
dosaku yang aku lakukan secara sedar mahupun tidak." Bertali-tali doanya
saat ujian kehidupan duniawi menimpa.
Aufa tidak dapat menahan
dirinya apabila dia mengalami kegagalan dalam peperiksaan semester lalu dek
kerana sikap sambil lewanya. Namun, dia bersyukur kerana kegagalan itu telah
menyedarkan dirinya dan telah merubah hampir 360 darjah kehidupannya.
Dr.Maza pernah menyebut
tentang hakikat dukacita. Dukacita itu kadangkala membawa hamba bertemu
PenciptaNya.
Ya, Aufa mengakui
kebenarannya. Dia mulai sedar dari dunia fantasinya.
Sahabat-sahabat
seperjuangan turut membantu. Dari bibir mereka terlahirnya mutiara motivasi
yang bisa membina kembali dirinya. Aufa bersyukur dengan kehadiran mereka.
Benar, Allah menghadiahkan dirinya dengan 1001 nikmat yang dahulu dia buta
untuk menilai semua itu.
Subhanallah, "Man
jadda wajada".
Peluang kedua menyusul
kembali. Dia mengorak langkah dengan lebih matang. Tiada lagi istilah dukacita,
yang jelas hanya menuju cita-cita. Sepanjang masa terasa semakin akrab
habluminallah..(Hubungan dengan Allah)..terasa makin mekar habluminannas
(Hubungan dgn manusia)..
Kini, kenangan itu menjadi
catatan diari hidupnya yang penuh rona. Yang baik dijadikan teladan dan yang
kurang baik dijadikan sempadan.
Buat mereka yang diuji dengan
kegagalan dalam peperiksaan, bergembiralah wahai kalian, kerana melalui ujian
itu Allah pasti menginginkan agar kalian mendapat ilmu dan kefahaman. Melalui
kegagalan, kalian akan berusaha keras untuk menelaah, bukan sekali tetapi
berkali-kali untuk menguatkan ingatan dan kefahaman. Maka, sungguh Allah
memberi limpah karunia berupa ilmu dan kefahaman pada kalian,
Sabda Baginda Rasulullah SAW;
"Barang
siapa yang dikehendaki Allah kebaikan padanya, Ia fahamkan kepadanya tentang
agama"
(Hadith sahih riwayat Bukhari dan Muslim)
SYUKUR... Alhamdulillah segala pujian hanya selayaknya untuk Allah. Hari semalam
yang
yang
berlalu, biarkanlah. hari ini yang dilalui, nikmatilah. Hari esok bakal tiba,
bersedialah.
bersedialah.
Allah sentiasa memberi yang terbaik untuk hambaNya, maka kita sebagai
hambaNya
hambaNya
berkejaran lah mencari yang terbaik itu dengan segala usaha dan bermacam cara
yang
yang
diredhaiNya."Fastabiqul khairat" pesanNya.
Jika berlari itu kemudiannya jatuh maka
Jika berlari itu kemudiannya jatuh maka
bangkitlah kembali. Tidak mengapa jika tidak ada tangan yang menghulur bantuan
kerana
kerana
ada 'tangan' yang lebih membahagiakan. Letaklah kebergantungan kepada Allah
SWT.
SWT.
Semoga hidup sentiasa diberkati dan dibimbing untuk mencari wangian Jannah.
Semoga beroleh kebahagian dalam mencari warna cinta Ilahi.
No comments:
Post a Comment