Monday 5 November 2012

Jangan Tipu Rasa Hati

salam sahabat semua..

Pernah dengar lagu Puteriku Sayang?...Ana sangat suka nasyid nie..bait-bait katanya sungguh menyentuh hati..

Aduhai Puteriku sayang...
Malumu makhota yang tidak perlukan singgahsana,
tetapi ia berkuasa menjaga diri dan nama 
tiada siapa yang akan bisa merobohnya
melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri
ketegasan mu umpama benteng negara dan agama
dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya
wahai puteriku sayang, kau bunga terpelihara
mahligai syurga itulah tempatnya.

Cuba pula dengan lagu nie...ehem..ehem...

Wanita hiasan dunia
seindah hiasan adalah wanita solehah
yang akan membahagiakan syurga
di dalam rumah tangga....

yang nie....

muslimah berbahagialah
kau telah dilahirkanNYA dengan mulia
subhanallah, Tuhan telah berkati
wanita yang cukup ilmu
rendah hati....

dan..banyyyyaaaaaak lagi lagu-lagu berkaitan wanita berunsur islamik...;-)
ana bahagia jadi wanita, terima kasih adam soleh kerana masih menjaga kami...:-)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~`

Bila dilihat semula 'cuaca' akhir zaman....ana terfikir tidak sampaikan seruan tarbiah?..masih sikit kah media berunsur dakwah?atau mereka yang menolak nya..heemmm....

dalam kita bincang soal pesan memesan nie..ana tersentap seketika, orang jauh juga kita bagi perhatian, orang dekat?...maksud ana, mereka di sekitar kita..keluarga, kawan2, adik2...dah menyeru atau belum?..hurmm...

di kesempatan ini..ana menghulur tinta kemaafan kepada insan2 yang berhampiran ana jika merasai kekurangan 'kasih sayang' ana..huhu,yea la tue Zahratul....kesian sahabat sorang nie, tapi dalam entri ini ana nak menghadiahkan sebuah puisi cinta buat classmate tersayang yang banyak membantu mengingatkan diri ana...kalian adalah sahabat kandung, bukan sahabat tiri...dan semua sahabat adalah sahabat kandung keturunan adam hawa sejak azali lagi..jadi??...kita bersaudaraaa...adik beradik lah..:-)...subhanallah...

jom baca sama-sama puisi yang tak berapa macam puisi nie..(^_^)

sahabat,
tinta ini ku lakar khas buatmu,
biarpun telah beribu tinta yang terukir berkisar persahabatan,
namun warkah ini teristimewa sekali daku nukirkan..^^

sahabat
talam ukhwah menyatukan kita dalam bulatan mahabbah,
tangan saling bersilang dalam talam cinta, senyuman indah terukir...
kau dan aku bercinta sehingga syurga..amin

sahabat,
pesan mengingati menjadi trend kita..
kadang2 kau dan aku bertelingkah
seorang ke tangga depan, seorang ke tangga belakang
membawa hati yang sarat 'kemerajukan'...^^

sahabat, 
kua akui bukan mudah bergelar sahabat fillah,
kadangnya mulut pandai berbicara namun hati berkira-kira...
ku akui ia kelemahan, sama-sama kita islah..:-)

sahabatku, tiada kata seindah bahasa yang ku bisa gambarkan betapa virus cinta ini mewangi harum dalam taman atrbiah murabbi...:-)



No comments:

Post a Comment