Wednesday 30 January 2013

Dunia Baru

Salam..sudah agak la Ummu meninggalkan blog…terasa rindu untuk menaip kembali warkah2 cinta buat diri sendiri dan sesiapa yang Allah pilih untuk menziarahi blog Ummu yang biasa2 sahaja ini. Tidaklah sehebat mana namun ia cukup bermakna buat Ummu..:-)

       Sepanjang perjalanan hidup sebagai remaja, banyak sekali peristiwa yang telah mencelikkan mata hati kita. Ada kala kita menyukainya namun ada kalanya terlalu sukar untuk diterima.

    Hidup, adalah salah satu perniagaan. Untungnya dikira di akhirat kelak. Peniaga yang jujur rezekinya berkat di sisi Allah. Kita hidup sebagai hamba. Hamba perlu bekerja kepada Tuannya. Allah majikan kita, yang SANGAT BAIK, SANGAT PENYAYANG, SANGAT MEMAHAMI..MAHA KAYA, MAHA PEMBERI….bekerja sebagai hamba lumayan upahnya.

        Kita hidup ibarat sebuah kembara. Selagi tidak sampai destinasi selagi itu tidak akan berhenti. Dalam pengembaraan ini kita akan bertemu dengan pelbagai mehnah dan cabaran. Jika kita sabar dan berlapang dada, kita berjaya mendaki puncaknya. Jika kita fed-up dan terus mengalah, tetap juga sampai namun tiada erti kepuasan dan nilai.

      Hidup ini juga tidak lari dari kisah ukhwah dan persahabatan. Kisah yang mempunyai episod. Hari semalam kita telah mengenali beribu manusia, hari ini juga kita menebarkan sayap ukhwah lagi, hari esok juga dan hari seterusnya, manusia akan terus bersilaturahim. Bezanya kita ikhlas atau tidak dengan jalinan itu. Jika kerana Allah kita bertemu dan berpisah, pasti ukhwah ini mewangi hingga Jannah namun jika berkawan sekadar kerana rupa, bakat mahupun hartanya maka bila masa sahaja ia mampu rebah kerana tiada kekuatan hati.

         Dan…sebelum terlupa…CINTA dan KASIH….sebuah drama kehidupan yang tidak asing lagi. Cinta adalah kemanisan. Bila disiram selalu dengan air keimanan, maka tumbuhlah ia dengan baik.Jika tidak salah….hidup kosong tanpa bercinta. Syarat masuk Syurga adalah Cinta Allah. RahmatNYA yang luas adalah dambaan kita. Cinta biarlah sampai buta, buta pada maksiat dunia, buta pada kemewahan..Subhanallah, hebatnya cinta. Jari ini ingin bermadah tentangnya:

Cinta gegarkan hatiku ini
Cinta membuatkan mataku tak mampu terpejam
Cinta membuatkan aku rebah dalam rindu
Cinta membuatkan aku mula membina cita-cita
Supaya diri tidak terleka dengan cinta haram
Maka ku gariskan cinta halal sebagai landasannya
Semoga hati yang bertasbih ini akan dihadiahkan dengan cinta yang turut bertasbih padaMU…

No comments:

Post a Comment