Friday 30 March 2012

Aku juga Sama..







Manusia boleh memilih.



Untuk menjadikan saya musuh,





atau menjadikan saya seorang rakan.






In the first place,





saya sentiasa anggap semua orang seperti famili saya. Respon orang adalah 





yang akan mengubah perkara itu. Sangka baik adalah apa yang sentiasa saya 





dahulukan, tindakan orang adalah yang akan mengubah perkara itu.







Orang boleh pilih untuk memandang sisi negatif saya dan membesar-





besarkannya,





bukan saya tiada sisi negatif. Orang boleh pilih juga untuk memandang sisi 





positif saya, dan menghargainya dengan adab. Jika saya ada sisi positif.




Sesiapa yang ingin menjadi musuh saya,




saya persilakan. Sesiapa yang ingin menjadikan saya masalah hidupnya, 





kebencian hatinya, sakit jiwanya, silakan. Sesiapa yang ingin bila nama saya 





disebut mengerutkan wajah, bila saya dinyatakan buat dia rasa meluat, 





silakan.







Saya boleh menjadi musuh anda yang terbaik.







Sesiapa yang menjadi kawan saya,






saya hargai dan muliakan. Biarlah hanya yang benar-benar rapat sahaja yang 





tahu apa yang mereka dapat.





Kita semua bukan tiada aib dan kelemahan,




saya ada, orang lain ada,






tinggal saya tidak memilih untuk memandang kecacatan orang lain, selagi 





mana ianya tidak menganggu orang lain, tidak mengacau akidah orang lain, 





tidak memberikan kekeliruan kepada orang lain.







Tetapi jika ada orang memilih untuk membesar-besarkan kelemahan saya, 





berkongsi keaiban saya dengan orang lain, simpan sampai jadi toksid, maka 





saya serahkan orang-orang ini kepada Allah SWT.




Saya tahu 'melawan' di atas dunia ini hanya akan menjadi backfire saya.






Maka menjadi 'musuh yang terbaik' adalah dengan saya menunggu di akhirat 





sana.






Sepanjang waktu sebelum sampai di akhirat nanti,






peluang kemaafan sentiasa terbuka.





Saya malas gaduh.








Saya suka tidak peduli.






Kalau orang berhajat untuk saya mengamuk dan keluarkan kata-kata kesat,






itu tidak akan terjadi.




Saya yakin,






Allah sedang kira semua ini.






Maka saya teruskan kehidupan saya,






dan terus dengan keyakinan saya.








Saya (Norhidayah Md Jelani) juga ingin mengatakan perkara yg sama....KAMU 





adalah PENGUATku bukan MUSUHku..biarpun kadangkala KAMU menolak 





kata-kataku..ada ketikanya kamu MENCERCA diri ini...aku masih 





MENYAYANGI KAMU..



2 comments: