Monday 26 March 2012

SATU IMPIAN



Syazana Nahwah, gadis solehah yang cantik dan bersemangat. Dia seorang mahasisiwi di sebuah IPTA dalam Malaysia. 


Suatu hari, bidadari itu berkunjung ke teratakku yang sederhana. Lokasinya berhadapan sawah padi yang menghijau . Menyegarkan pandangan sesiapa sahaja yg melihat.


Manis dan sopan tingkahnya, ucapan salam mengiringi langkahnya. 


"Assalamualaikum..ya ukhti.."


"Waalaikumsalam..Nahwah...jemput masuk...maaf, ana di dapur tadi siapkan 'lunch' untuk adik-adik. Sekejap lagi diaorang nak balik dari sekolah.."Aku tersenyum kepadanya, malu juga kerana saat itu hanya sempat menyarung tudung 'arini'...padahal di depanku seorang muslimah yang tertutup rapi auratnya. 


" Owh..it's ok...ana di rumah pun hanya pakai tudung nie juga.." Dia melempar senyum buatku, wajahnya tenang sahaja.


" Jemputlah duduk...nah, kebetulan ana dah prepare awal kedatangan enti ke sini jadi semua nya dah terhidang, jemputlah.."Sambil memberi isyarat tangan, aku menarik meja bulat yang tersandar di tepi dinding untuk mletakkan juadah yang telah terhidang. Sengaja aku sediakan awal agar nanti interaksi kami tidak terganggu.


" La, susah-susah je...ana ingat nak tolong enti masak,tak de rezeki la nak belajar dari 'chef' nie.."Spontan memek muka sedih tergaris di wajahnya.


"Ala..enti kan tetamu.."aku tersenyum.


"Ya ukhti, ana sebenarnya nak menjemput enti ke majlis ana.."Ragu-ragu nada suaranya.


" Majlis apa?..."perasaan ingin tahu membuak-buak di dada. Aish, jangan-jangan apa yang aku teka ni betul, puteri sulung kepada lima beradik nie dah nak menamatkan zaman 'single' nye ka..??


" Majlis...erm, malu la...majlis pertunangan ana.."Subhanallah, aku boleh ganti Nujum Pak Belalang...eleh, setakat soalan macam nie semua orang boleh tahu jawapannya..ape la.




" Alhamdulillah, tahniah..senyap-senyap je ukhti nie..tak bagi tahu pun dah ada calon.."aku mengusiknya.


"Eh..calon memang ana tak pernah terfikir pun, semuanya atas kehendak Allah. Umi dan Abi yang terima pinangannya. Ana tak nak membantah kerana bagi ana inilah salah satu jalan untuk menutup fitnah. Alhamdulillah, selepas istikharah ana mampu memberi jawapan." Tersipu malu je..huhu


" Alhamdulillah, ana kagum dengan ukhti. Time kolah dulu, selalu je ada yang cuba nak dekat-dekat tapi enti bijak menolak..kata enti, idola mu adalah Kak Fatimah Syarha yang mana setiap karya dan penulisannya menjadi penguat hati dan iman.Perempuan yang baik tidak akan memandang dan tidak akan dipandang(dengan nafsu)..."Aku mengerutkan kening, cuba mengingat fakta yang telah lama ku tinggalkan dari alam remaja.


" Tiada apanya sedikit pengorbanan masa remaja dulu, semua kerna ana yakin pada janji Allah dan mengharapkan diri ini mampu menjadi yang terindah di mata si dia yg halal.."Nah, meremang bulu roma ku mendengar hujah tarbiah ini.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
SEMOGA ALLAH TURUT MENJAGA KITA DUHAI ADAM & HAWA...SEMOGA IKATAN HATI YG HALAL BISA KEKAL TANPA HADIRNYA PERASAAN BOSAN BERCINTA DENGAN LAFAZ NIKAH YG SAH...AMIN...

1 comment:

  1. "ALLAH mensempitkan yang haram dan Dia meluaskan yang HALAL" ,,,saya suka word nih

    ReplyDelete