Monday 26 March 2012

SIAPA TAKABBUR PASTI LEBUR


" Prangg!!!!.."


"Kau kenapa?...tak boleh ke sabar sikit, asyik naik angin je…habis la semua pasu bunga dalam bilik nie kalau tiap-tiap kali marah nak pecahkan barang.."Keluhan berat dilepas setelah terkejut mendengar bunyi kaca pecah yang kuat.


" Aku nak marah semua orang, mereka ingat aku ini apa?...patung,boneka?..ahhhhh..!!!.."dia menghempas pintu kamar.


"Apa lagi??..siapa pula yang buat kau boneka, aku layan kau macam manusia je.."sengaja nada suara dinaikkan sedikit, sengaja menambah minyak dalam api yang sedang marak.


" Syahadah, aku tengah panas nie..jangan nanti kau pulak yang aku rembas ke lantai tue..!!.."Nada suara kembali meninggi, itulah Nabilah atau lebih dikenali sebagai Lin yang terkenal dengan sikap panas barannya.


" Ha..mai la..aku sekeh kepala hang baru taw…amboih, ikut suka dia ja nak 'tenyeh' anak orang. Ingat orang suka ka perangai 'huduh' hang tue?.." Syahadah, gadis kehadiran Jelapang Padi yang tidak kurang celuparnya.


"Heh..sudah-sudah la tu…astaghfirullah, korang nie…cuba hormati orang lain, ana nak menghafaz nie, minggu nie ada ujian hafazan..Syad, jangan la cakap macam tue..kecil hati Lin nanti, dia di bawah kawalan minda Syaitan tue sebab tu tak dapat mengawal marah, jangan Syad pula yang menjayakan misi syaitan nie,naik pangkat 'dia' nanti.” Alia menenangkan keadaan, dia adalah seorang pelajar dalam bidang TESL namun hujahnya mampu mengalahkan sesiapa yang mengambil opsyen agama, benarlah iman bukan diwarisi.


"Alah..Syad bukan apa, geram je ngan Lin tue."Dia mula reda dengan kemarahannya tadi.


" Dah, jom ikut Lia, kita pujuk Lin elok-elok. Hati manusia ni lembut Syad. Kita tengok Sayidina Umar pun dah cukup, hati sekeras batu berubah menjadi selembut air." Alia menarik tangan Syahadah ke kamar Lin. Dia sebenarnya ingin memujuk sahabatnya itu, dia tahu Lin jadi begini kerana dia dibesarkan dalam latar belakang yang tidak mementingkan ikatan kekeluargaan dan kurang menjaga kepentingan agama jadi bukan mudah untuk merenjis kefahaman dalam jiwa remajanya.


" Apa lah Lia nie..nanti buka je pintu bilik ,dia bagi hadiah pasu bunga lagi.."Syahadah menggeleng kepala, dalam hati ada perasaan gerun sebenarnya.


" Tak ade lah, jangan bersangka buruk..jom, sayang Lia tak?kalau sayang jom ikut.."Alia bijak menggunakan psikologinya terhadap Syahadah. Akhirnya, gadis itu akur dan menuruti sahaja langkah sahabatnya itu.


 Alia terkenal dengan sikapnya yang penyabar dan berhikmah dalam pergaulan sosial jadi dia memang disenangi ramai. Walaupun pernah ditampar oleh Lin kerana menyentuh soal peribadinya, Alia tidak memandang itu sebagai dendam namun makin bertambah keinginannya untuk membantu sahabatnya itu.


"Salam..Lin..buka pintu sayang, Alia nak cakap ngan Lin jap..please, Lin…"Pintu diketuk tanda memohon izin.


" Pergi lahhhhhhhhh…..Aku sembur racun serangga dekat korang baru tahu, nyamuk pun tak berani ganggu aku, yang korang nie rajin sangat buat apa?..ha!!.."Kasar sahaja bahasanya.


"Mana la nyamuk berani nak dekat dengan hang, darah pahit…pahit dengan dosa, kalau aku jadi nyamuk pun aku buat kempen dengan ahli-ahli mesyuarat para nyamuk untuk bagi virus kat hang.."Syahadah tidak dapat menahan geramnya.


"Syad..la haula wala qu watai'la billah…napa cakap macam tue??.." Alia menggelengkan kepala.


"Hey Syad…kau diam..!!.."Lin spontan membuka pintu sambil matanya merenung tajam kepada dua orang gadis di depannya.


" Alhamdulillah Lin dah buka pintu..eh, muka Lin pucat, Lin ok?.."tiba-tiba tubuh genit itu rebah tanpa bicara. Mulutnya mengeluarkan buih-buih putih.


"LINNNN…!!!.."Syahadah dan Alia merangkul tubuh yang sudah tidak bermaya itu, air mata menghujani pipi mulus Alia, Syahadah kelu tanpa kata.


"Syad, cepat 'call' ambulans..!!."Alia memapah Lin ke ruang tamu sementara Syahadah cuba mendapatkan bantuan.


Sepuluh minit kemudian, bantuan pun tiba.


Ruang kamar mereka dibanjiri dengan mahasiswi lain yang ingin mengetahui kejadian tersebut.


"Tolong ke tepi..tolong ke tepi..mangsa tenat..bagi laluan !!.."pegawai polis itu memberi arahan.


Tubuh Nabila yang terbaring lesu ditolak ke dalam ambulans. Alia dan Syahadah setia menemani di sisinya 

.Hanya doa dan tawakal yang mengiringi perjalanan mereka ke hospital.


6jam kemudian,


"Alhamdulillah, Lin dah sedar?...sabar yea sahabat sayang..nie, ada ibu dan papa Lin.."Alia tersenyum manis ke arah temannya itu, di sebelahnya berdiri dua orang insan yang berjasa pada Nabila.


" Ibu dan Papa kenapa datang?...Lin bukan boneka, Lin dapat result teruk dalam exam..Papa terlalu mengharapkan Lin menjadi seperti mereka yang berjaya padahal Papa tidak mahu membimbing Lin, Papa biarkan Lin…bila Lin gagal Papa sisihkan..hati Lin sakit…"Teresak-esak Lin di dalam pelukan Alia.


"Ibu pula hanya tahu memuji dan memandang Alia, Lin tahu dia lebih baik berbanding Lin..siapa lah Lin pada pandangan ibu. Masakan Lin ibu tolak ke tepi tapi masakan Syad hendak pula ibu jamah, siapa anak ibu nie, Lin ke mereka ni?.." Nabila melepaskan rasa tidak puas hati kepada ibu bapanya. Terukir garisan kecewa di wajahnya.


"Lin…maafkan kami sayang. Papa dan ibu memang bersalah pada Lin. Tapi jangan lah Lin pilih jalan singkat macam  nie, bunuh diri bukan caranya." En. Kamil Khairi menjelaskan, matanya merah menahan tangisan.


"Lin, ibu harap Lin tak salah faham…ibu ingin menguji Lin sayang. Selama ini Lin terlalu bergantung pada kami jadi ibu cuba menjadikan Lin seorang yang mampu berdikari dan berdiri sendiri untuk mendapatkan sesuatu yang Lin inginkan. Ibu ingin mengajar Lin menjadi kuat..sayang, fahami lah hati ibu..ibu sayang Lin.."tangisan Pn.Syamira berirama syahdu.


Wad B12 menjadi suram dengan tangisan insan-insan itu.


"Ibu dan Papa..andai Allah tidak sayang pada Lin, mungkin sahaja Izrail telah meragut roh Lin. Tapi Dia tetap MEMBERI walaupun Lin menolak..tetap MENGASIHI biarpun Lin membenci..Ya Allah, Lin mohon ampun atas kesilapan ini.."Nabila tersungkur sujud di kaki ibunya. Dia sangat menyesal atas tindakannya.


"Lin,bangun sayang….kami juga manusia, kelalaian kami dalam mendidik Lin menjadikan Lin begini.."Papa mengangkat bahu anaknya itu.Tangisan keinsafan berlagu kini.


Alia dan Syahadah turut mengambil iktibar daripada kisah Nabila. Yang pasti, dalam hati masing2 telah menanam tekad baru untuk memulakan HARI ESOK…ESOK YANG LEBIH INDAH…mereka tersenyum.


"KEKAYAAN BUKAN BANYAKNYA HARTA BENDA YANG DIMILIKI TETAPI KEKAYAAN JIWA~RIWAYAT BUKHARI"


No comments:

Post a Comment